Selamat Datang Ke Laman Niaga Ilmu Budi

Pengikut

Selasa, 15 Jun 2010

Imam Hanbali


Imam Hanbali digelar Al-Hakam kerana dapat menghafaz lebih 700,000 hadis dan berpengetahuan mendalam mengenai ilmu hadis. Melayakkan beliau mengeluarkan fatwa dalam hukum Fikah.  Imam Hanbali juga seorang yang sangat kuat beribadat, beliau sembahyang sunat 300 rakaat sehari semalam dan khatam Al-Quran seminggu sekali. Beliau sangat menghormati guru-gurunya. Ketika Imam Syafie menziarahinya di rumah, beliau segera bangun mengemaskan diri, menyambut  kedatangan gurunya lalu diberikan tempat duduk yang tinggi sementara dia duduk di bawah. Imam Hanbali tidak gemar bergurau senda, lebih suka mendiamkan diri dan berfikir. Bercakap apabila menjawab soalan mengenai hukum agama. Suka  bergaul dengan orang-orang miskin dan kurang bergaul dengan orang kaya  dan orang-orang berpangkat.

Khalifah Harun Ar-Rasyid pernah bertanya kepada Imam Syafie tentang orang yang layak menjadi Kadi di Yaman. Imam Syafie mencadangkan muridnya Imam Ahmad. Apabila Imam Ahmad Mengunjungi Imam Syafie, beliau ditawarkan dengan jawatan tersebut  tetapi ditolaknya dengan berkata ” Saya datang menemui tuan bukan untuk mendapatkan jawatan daripada khalifah”.Imam Hanbali  terkenal dengan sikap  pemurah.  Jirannya  pernah memberinya sepinggan anggur dibalasnya dengan  gula, garam dan beberapa pinggan buah-buahan. Semasa  pemerintahan Khalifah Al-Makmum bin Harun Ar-Rasyid, beliau menganut  fahaman Muktazilah yang  berpendapat  Al-Quran  itu makhluk yang bersifat baharu.  

Baginda memaksa ulama-ulama  menerima pendapat itu tetapi Imam Hanbali menentangnya dengan  mengatakan  Quran itu kalamullah yang diwahyukan kepada Nabi Muhamad melalui malaikat Jibrail.Akibat penentangannya itu  Imam Hanbali ditangkap lalu dipenjara kemudian disebat dengan rotan dalam memaksanya tunduk kepada fahaman Muktazilah.  Beliau disebat dengan rotan  sehingga kulitnya mengelupas dan keluar darah. Setelah khalifah  Al Makmun meninggal dunia diganti  khalifah Al Muktasyim. Beliau terus memenjarakan  Imam Hanbali kerana melindungi fahaman Muktazilah. 

Sehinggalah Khalifah Al-Mutawakkil  yang menganut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah berkuasa barulah Imam Hanbali dibebaskan.Dalam usaha memujuk Imam Hanbali  Khalifah Al-Mutawakkil menghadiahkan 10,000 dirham. Wang itu diambilnya  tetapi kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin.Pada hari-hari tuanya Imam Hanbali menjadi tempat rujukan orang ramai khususnya di Baghdad. Dalam menentapkan hukum beliau lebih mengutamakan Al-Quran dan As-Sunnah dan pendapat  para sahabat Rasulullah.Imam Hanbali meninggal dunia pada pagi hari Jumaat  12 Rabiul Awal  tahun 241 hijrah bersamaan 855 masihi ketika berusia 77 tahun dan dikebumikan di Baghdad.

Abdul Latip bin Talib
ISBN-13: 978-983-3892-78-5
Tarikh Terbit: 23 Apr 2010
Jumlah Muka Surat : 272

Harga: RM 24.00 / RM 27.00
Pos Ekspres: RM4
Jumlah: RM28 / RM31

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberikan komentar.