Selamat Datang Ke Laman Niaga Ilmu Budi

Pengikut

Ahad, 27 Februari 2011

Syamail Muhammadiyah Keanggunanmu Ya Rasulullah

Tajuk: Syamail Muhammadiyah Keanggunanmu Ya Rasulullah
Penulis: Imam Tarmizi
Penerbit: PTS
Harga: RM35
Pos: RM8
Jumlah: RM43

Sinopsis

Setelah kepada Allah dan Rasul-Nya, kami bersyukur dan berterima kasih tiada terhingga kepada para syeikh atau guru kami; rujukan duduk mendengar hadis. Melalui mereka, kami mendengar dan memahami hadis Baginda Rasulullâh SAW.

Mereka itu di antaranya:
- Syeikh Dr. Ahmad Shâdiq (Beliau bersama Syeikh Thantawi (Grand Syeikh al-Azhar 1996-2010), Syeikh Sayyid Sabiq (Fiqhu s-Sunnah), dan Syeikh Muhammad Bakr ismail (pengarang al-Fiqh al-Wadhih); mereka berguru kepada Syeikh Mahmud Syaltut (Grand Syeikh al-Azhar 1958-1963).
- Syeikh Prof. Dr. Umar Hasyim
- Syeikh Prof. Dr, Nashr Farid Washil
- Syeikh Prof. Dr, Ali Jumu'ah
- Syeikh Prof. Dr. Ali as-Salûs
- Syeikh Dr. Nadir al-'Anbatawy
- Syeikh Dr. Shabri Abdur Ra`ûf
- Syeikh Dr. Ahmad Yusri
- Syeikh Dr. Abdurrahman al-'Adawiy
- Syeikh Ibrahim Abdul Ba'its al-Kattani
- Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari
- Syeikh Yusuf bin Ahmad

Mereka inilah yang wajahnya melintas dalam pikiran dan idea kami ketika mengusahakan edisi terjemahan ini. Semoga Allah menempatkan mereka di tempat mulia di sisi Allah SWT; allâhumma âmîn.

Sungguh, ketika proses terjemahan ini menapak pada bab akhir: Bab Kewafatan Rasulullah, rasa gembira kerana amal ini akan selesai langsung berganti perasaan sedih dan haru. Kesedihan yang begitu hebat; seakan-akan saat itu Rasulullah baru sahaja wafat.

"Wulida l-Hudâ; sang Petunjuk telah lahir." Mari memperbanyakkan selawat dan salam kepada Baginda S.A.W, serta menghidupkan sunnah-sunnahnya, semoga kita dikumpulkan bersama Baginda dan orang-orang pilihan-Nya, allâhumma âmîn. Wahai Rasulullâh, aku merindukanmu.

Kaherah, Rabi'ul Awwal 1431 H.
al-faqir ilâ 'afwi wa rahmati Rabbihî
Muhammad Masnur Hamzah
Yang kami lakukan dalam amal sederhana ini, hanyalah:
  • Mentakhrij ayat al-Qur`an.
  • Mentakhrij hadis kepada kitab utama hadis dan kitab hadis lainnya.
  • Menterjemahkan matan hadis (ma'nawiyan dan harfiyan).
  • Mencantumkan pendapat Imam at-Tirmidzi dalam kitab Sunan-nya.
  • Memberikan ulasan/penjelasan bagi memudahkan pemahaman.
  • Memberikan keterangan bagi lafadz-lafadz gharîb pada hadis.
Rujukan Utama Dalam Menyelesaikan Edisi Terjemahan Ini
  • Shâhih Bukhâri, cetakan Mu`assasah ar-Risâlah, (atau cetakan dengan penomboran Fuâd Abdul Bâqi; akhir nombornya 7563). Kami juga menggunakan Fat-hu l-Bâri dan 'Umdatu l-Qâri.
  • Shâhih Muslim, (atau cetakan yang akhir nombornya 3033). Kami pun menggunakan Ikmâlu l-Mu'allim bi Fawâidi l-Muslim, karangan al-Imâm al-Qâdhi 'Iyâdh, Dar al-Wafâ, Manshurah, cetakan tahun 1998.
  • Sunan Abi Dâwud, Dar Ibnu Hazm (atau yang akhir nombornya 5274)
  • Sunan Tirmidzi, cetakan Mushtofâ al-Halabiy, Misr (atau cetakan yang akhir nombornya 3956)
  • Sunan Nasâ`i (atau cetakan yang akhir nombornya 5758). Dan kami menggunakan Dzâkhiratu l-'Uqbâ fi Syarhi l-Mujtabâ cetakan Mi'râj.
  • Sunan Ibnu Mâjah (atau cetakan yang akhir nombornya 4341)
  • Musnad Ahmad Ibnu Hambal, tahqîq Ahmad Muhammad Syâkir dan Hamzah Ahmad az-Zain, Darul Hadis, Kairo (akhir nombornya 27519).
  • Shâhih Ibnu Khuzaimah, Maktabah al-Islâmiy, tahqîq Dr. Muhammad Musthafâ al-A'zhamiy (akhir nombornya 3079)
  • Al-Mu'jam al-Kabîr, al Washîth, dan ash-Shaghîr, al-Imâm Thabrany.
  • al-Jâmi' li Syu'abi l-Îmân, Imam al-Baihaqi, Maktabah Rusyd. (akhir nombornya 10756)
  • al-Mawâhib al-Laduniyyah 'alâ sy-Syamâil al-Muhammadiyyah", Ibrahim bin Muhammad al-Bajuri asy-Syafi'i, terbitan Dar al-Minhâj.
  • Dalâilu n-Nubuwwah, al-Imâm al-Baihaqi, Darul Kutub 'Ilmiyyah dan Dar ar-Rayân li t-Turâts cetakan I.
  • Muntahâ s-Sûl 'alâ Wasâili l-Wushûl ilâ Syamâili r-Rasûl, karangan al-Allâmah al-Faqîh 'Abdullâh bin Sa'îd Muhammad Abbâdi al-Lahji (1344 - 1410 H), Darul Minhâj (4 jilid).
  • Majma'u z-Zawâ`id wa Manba'u l-Fawâ`id, al-Hâfidz Ali bin Abi Bakar al-Haitsami, Daru l-Ma'mun li t-Turâts.
* * * * *
Dengan sanad bersambung kepada Imam Tirmizi semoga Allah mengasihinya.

Biografi Muhammad bin Abdullah

Tajuk: Biografi Muhammad bin Abdullah
Penulis: Zulkifli Mohd Yusoff & Noor Naemah Abd Rahman
Penerbit: PTS
Harga: RM35
Pos: RM8
Jumlah: RM43

Sinopsis

Kandungan buku ini elok dan sesuai sebagai pembacaan bagi golongan yang baru mengenali Islam dan yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang riwayat hidup seorang nabi dan rasul. Bukan semua pembaca suka membaca buku-buku ilmiah tentang Islam yang agak berat dengan istilah Arab. Sebagai seorang saudara baru, bentuk penulisan seperti buku ini akan dibeli dan dibaca." - Aliya Yeoh, pendidik -

“Membaca sirah beliau nyata membuka pemikiran dalam konteks perencanaan strategi pentadbiran. Kebijaksanaan beliau bersama sahabat nyata memukau pengkaji-pengkaji pengurusan strategik. Mungkin satu penulisan khusus boleh dilakukan oleh mereka yang berminat.” -Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, pengarah UiTM Segamat & penulis bestseller Travelog Haji -

“Dapat dibaca dan dihayati oleh semua peringkat usia. Inilah buku sirah terbaik yang pernah ditulis untuk mereka yang baru mengenali nabi.” -Zamri Zainal Abidin, penerbit Duniaku Buku, radio IKIM.fm -

“Buku ini bukan sahaja wajar dijadikan hadiah kepada bukan Islam, malah kepada remaja Islam hari ini yang lebih mengenali ikon-ikon hiburan berbanding Nabi Muhammad.” -Maizura Ederis, Majalah Millenia Muslim -

“Pengarang berjaya membawa karya ilmuan tentang sejarah Islam ke tahap yang mampu mengatasi novel-novel cinta dan karya popular di pasaran! Gaya penulisan bahasa Melayu yang mudah difahami, olahan yang menarik, selain perjalanan cerita yang mudah diikuti menjadikan buku ini sesuai dibaca dan dihayati oleh pelbagai peringkat umur. Terasa seperti membaca sebuah novel walaupun hakikatnya ia sebuah karya bersifat ilmiah dan sesuai menjadi bahan rujukan.” -Lelucon, blogger -

TELAH TERJUAL MELEBIHI
20, 000 UNIT

Yakjuj & Makjuj Bencana Di Sebalik Gunung

Tajuk: Yakjuj & Makjuj Bencana Di Sebalik Gunung
Penulis: Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko
Penerbit: PTS
Harga: RM31.50
Pos: RM8
Jumlah: RM39.50

Sinopsis

Persoalan Yakjuj dan Makjuj masih diselimuti oleh kabus misteri. Kitab-kitab Samawi yang diturunkan dari langit seperti Taurat, Injil dan al-Quran, masing-masing menyebut mengenai Yakjuj dan Makjuj. Al-Quran menceritakan tentang sifat dan peristiwa Yakjuj dan Makjuj dengan Zulkarnain dengan huraian penceritaan yang sempurna. 

Buku ini membongkar bangsa yang membawa huru-hara kepada dunia dengan berdasarkan huraian kitab Taurat, Injil dan al-Quran. Dimuatkan dengan imej, peta, ilustrasi, carta masa. Menjadikan buku ini antara yang terlengkap dalam sejarah.

TELAH TERJUAL MELEBIHI
40,000 UNIT

Bahagianya Mnjadi Pengantin Sepanjang Masa

Tajuk: Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa
Penulis: Mardian Mat Ishak
Penerbit: PTS
Harga: RM19.50
Pos: RM4.50
Jumlah: RM24

Sinopsis:

Memiliki rumah tangga yang aman dan bahagai menjadi idaman dan impian setiap pasangan. Kebahagiaan yang dikecapi pastinya daripada percikan curahan cinta dan kasih sayang antara suami dan isteri seterusnya kepada anak-anak. Suami dan isteri sama-sama memiliki peribadi serta akhlak yang baik supaya menjadi ikutan kepada anak-anak. 

Pasangan yang baik mengamalkan sifat-sifat serta akhlak yang baik sepertimana yang dianjurkan Islam. Dalam mengemudi bahtera rumah tangga yang hamoni, pasangan suami isteri perlu sama-sama memiliki sifat-sifat yang terpuji

Secara keseluruhannya, Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa terhasil daripada pemahaman yang baik mengenai punca terjadinya konflik ataupun masalah biasa dalam rumah tangga serta cara mengatasinya. Buku ini juga memberikan panduan dan tip yang praktikal daripada perspektif Islam supaya kehidupan pasangan suami isteri sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah. Aplikasikan gabungan ketakwaan, kepercayaan, kesetian dankasih sayang setiap masa sehingga impian setiap pasangan suami isteri menjadi kenyataan sepanjang zaman.

Jumaat, 4 Februari 2011

Rahsia Simbol Yahudi

Tajuk: Rahsia Simbol Yahudi
Penyusun: Ibnuyaacob
Penerbit: Moon Media
Harga: RM24
Pos: RM4.50
Jumlah: RM28.50

Sinopsis

Membongkar rahsia simbol Freemason, Illuminati, Peace, Walt Disney, Nazi, Dollar dan pelbahai lagi.

Keranamu Aku Cemburu

Tajuk: Keranamu Aku Cemburu
Penulis: Asma Nadia
Penerbit: PTS
Harga: RM12.50
Pos: RM4.50
Jumlah: RM17

Sinopsis

Buat pasangan suami isteri yang sentiasa diuji dengan onak dan duri, selami isi hati pasangan masing-masing yang setiap detik saling bergantungan dan memerlukan.

Walaupun adakalanya terbit rasa cemburu dengan perubahan tingkah laku dan tutur kata, bendung perasaan itu selagi termampu. Justeru, nilai kasih dan tanda hormat para suami dan isteri sentiasa bersemi dalam sanubari.

Kisah-kisah benar di dalam buku Keranamu Aku Cemburu mampu memberikan motivasi dan suntikan ispirasi baru dalam jiwa para suami dan isteri, supaya setiap pasangan dapat mengawal perasaan cemburu daripada terus beraja di kalbu.

Buat para suami dan isteri, usah biarkan perasaan cemburu menguasai dirimu sehingga terlupa kepada Tuhan yang satu. Sebaliknya, dirimu yang mengwal rasa cemburu daripada memisahkan ikatan suci itu.

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Tajuk: Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah
Penulis: Zamri Mohamad & Imran Yusof
Penerbit: PTS
Harga: RM18.50
Pos: RM4.50
Jumlah: RM22.50

Sinopsis

Memiliki cinta yang membahagiakan adalah pilihan yang dapat dicapai semua orang. Apa yang membezakan antara satu sama lain adalah jalan dan pendekatan yang diambil bagi memetik buah-buah cinta yang segar dan ranum. Cinta sentiasa bersifat misteri. Ia dapat dirasai dengan hati dan diterjemah melalui perbuatan.

Buku ini mengetengahkan pendekatan dari dalam ke luar dalam menyampaikan mesej kasih sayang dalam minda lelaki. Jika yang diberi itu kasih sayang, maka yang diterima juga kasih sayang. Tetapi apakah cara yang efektif bagi menyampaikan hasrat hati ini?

Persoalan lain yang selalu diajukan adalah berkenaan bagaimana mendapatkan komitmen lelaki dalam mengurus perhubungan sedia ada. Tidak dapat dinafikan soalan mengurus konflik tanpa menjejas sayang yang sudah ada juga menjadi pertanyaan penting orang perempuan. Buku ini cuba menjawab persoalan bagaimana menawan hati lelaki sebagai pasangan dan cara menyampaikan hasrat diri kepadanya. Buku ini meneroka pemikiran dan sikap lelaki dalam menerima risalah cinta daripada perempuan yang sentiasa dirindui. Ia realistik dan memenuhi cara hidup kontemporari tempatan yang kita lalui hari ini.

Aisyah digambarkan sebagai seorang isteri yang mempunyai orientasi tindakan yang tinggi. Beliau memberi respon aktif secara lisan dan perbuatan kepada apa yang disampaikan oleh nabi sama ada didikan, teguran dan peringatan. Aisyah juga menjadi penting kerana beliau menjadi rujukan alternatif kepada orang Islam. Orientasi tindakan dalam kehidupan Aisyah meneguhkan kedudukan Nabi Muhammad baik dari segi hidup peribadi, dakwah dan mengurus hidup keluarga. Realitinya, dalam diri kita ketika ini sudah ada ciri-ciri Aisyah yang dapat digubah menjadi sesuatu yang akan mengindahkan hidup berpasangan.

Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah

Tajuk: Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah
Penulis: Zamri Mohamad & Imran Yusof
Penerbit: PTS
Harga: RM19.50
Pos: RM4.50
Jumlah: RM23.50

Sinopsis

Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. Tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya. Walau apapun definisi perkahwinan mengikut takrifan individu, namun Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip-tip berguna serta amalan doa-doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat.

Khadijah Cinta Abadi Kekasih Nabi

Tajuk: Khadijah Cinta Abadi Kekasih Nabi
Penulis: Dr Muhammad Abdul Yamani
Penerbit: PTS
Harga: RM29
Pos: RM4.50
Jumlah: RM33.50

Sinopsis

"Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku." -Nabi Muhammad-

"Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah.Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku, dia membenarkan aku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku tatkala orang lain menghalang aku, Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya tatkala aku tidak dapat daripada perempuan-perempuan lain (isteri-isteriku)." -Nabi Muhammad, Utusan Allah yang terakhir.

Khadijah bukan sekadar isteri seorang nabi. Dia adalah sahabat pilihan Allah. Insan pertama yang beriman, berkorban dan berjuang di sisi utusan Allah pada setiap masa dan ketika. Setiap detik dan waktu, segala harta dan seluruh jiwanya adalah didedikasikan buat Allah dan rasul.

Dia serikandi yang sentiasa bersama dalam perjuangan menegakkan syiar Islam. Dia teman tempat mengadu segala suka dan duka. Kekasih yang menenangkan jiwa dan bidadari yang melengkapi hidup seorang suami. Khadijah adalah lambang cintayang suci, tulus, mekar mewangi sepanjang zaman.

Buku ini menyorot segalanya tentang kehidupan isteri, kekasih dan sahabat yang paling dicintai Rasulullah; salasilah keturunan,kerjaya, peribadi, pengorbanan dan episod cinta suci yang tidak berbelah bahagi.

Furu' Al-Masa'il wa Ushul Al-Wasa'il

Tajuk: Furu' Al-Masa'il wa Ushul Al-Masa'il
Penulis: Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz
Penerbit: Telaga Biru
Harga: RM75
Pos: RM8
Jumlah: RM8
Furu’ Al-Masa’il merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh ulama’ nusantara terkenal Syeikh Daud al-Fathani yang disampaikan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat. 

Menurut Datuk Hassan Din, penyusun semula buku ini, “saya lebih berminat untuk terus melayari lembaran kitab Furu‘ Almasa’il setiap kali saya berhadapan dengan masalah fiqah. Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah itu, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini. Khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatap bersama. Akhirnya, timbullah keinginan saya untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang dahagakan ilmu.”