Selamat Datang Ke Laman Niaga Ilmu Budi

Pengikut

Selasa, 3 Ogos 2010

Weil China

Tajuk: Weil China
Penulis: Emine Uzqan Syenlikoghu (Turki)
Penerbit: PTS Publications
Jumlah Muka Surat : 240
 
Sinopsis

Pengalaman sebenar Qan, seorang rakyat Turki yg tinggal di China bersama keluarganya. Qan bersama abangnya, Turghut, berjaya melanjutkan pelajaran di bandar. Kerisauan ayahnya terhadap pegangan hidup kedua-dua anaknya sejak mereka mendapat tawaran bersekolah di bandar semakin bertambah apabila gerakan ateis dan komunis semakin mendapat tempat.

Kebimbangannya menjadi realiti apabila Qan dan abangnya mula terpengaruh dan menyertai gerakan komunis menghapuskan masyarakat Islam. Mereka terlupa asal usul dan janji terhadap keluarga. Namun penglibatan Qan dalam gerakan komunis tidak bertahan lama apabila dia sedar keburukan fahaman itu. Tetapi tidak bagi abangnya yang semakin bangga dengan komunisme.

Pelbagai peristiwa berlaku sejak abangnya meninggalkan keluarga; ibu dan kakak Qan ditangkap dan dihantar ke luar negara, tidak pernah dijumpai hingga ke hari ini, ayah Qan meninggal dunia kerana memperjuangkan Islam, bayi kakak ipar Qan dibunuh dengan kejam; kakak iparnya yang gila ditembak!

Segala-galanya berlaku di depan matanya. Qan kemudiannya ditangkap, dikurung berpuluh-puluh tahun dan diseksa oleh komunis. Dan dalam kelam penjara itulah, hidayah Allah kembali menemuinya.

Kecekalan hatinya menghadapi semua seksaan akhirnya menemukan dia denngan orang yang dinantikannya selama dikurung, iaitu abang kandungnya yang sudah lama menghilang. Tetapi dia muncul kali ini bukan sebagai seorang abang, tetapi sebagai pengarah penjara yang menentukan setiap seksaan terhadap banduan-banduan, termasuk adiknya.

Tergamakkah seorang abang menyaksikan penyeksaan seorang adik?

Dapatkah Qan memaafkan abangnya?

Harga: RM 14.50 / RM 16.50
Pos Ekspress: RM4.50
Jumlah: RM19 / RM21

Maria


Tajuk: Maria
Penulis: Emine Uzqan Syenlikoghu (Turki)
Penerbit: PTS Publications
Jumlah Muka Surat : 354
Sinopsis
Maria adalah gadis Jerman bermazhab Katolik. Mengharungi liku-liku hidup sebagai anak kepada ibu yang fanatik pada mazhab itu, sedangkan ayahnya seorang ateis. Namun, kehendak Allah mengatasi segalanya. Pertemuaannya dengan pemuda Mesir membuka episod pergelutan tiga penjuru , Islam-Kristian-Ateis. Abdul Wahab, pemuda Mesir yang belajar di Jerman berjaya menarik Maria ke jalan Allah akhirnya memilih Maria sebagai calon isteri selepas kematian tunangnya, Salwa. Pada saat itu juga, Maria memutuskan hubungan kasihnya dengan pemuda Turki bernama Muhammad yang sudah hilang pegangan Islamnya. Hubungan antara Abdul Wahab dan Maria diuji apabila Abdul Wahab mendapat berita Salwa sebenarnya masih hidup. Maria terperangkap antara cinta dan pengorbanan di samping tekanan daripada ibu dan adiknya. Mampukah Maria terus berdiri atas niat murni demi Islam yang dianutinya tanpa Abdul Wahab di sisi? Mampukah dia terus hidup dalam mengharungi kemelut akidah dan tekanan keluarganya? 
Harga: RM 18.00 / RM 20.00
Pos Ekspres: RM4.50
Jumlah: RM22.50 / RM24.50