Selamat Datang Ke Laman Niaga Ilmu Budi

Pengikut

Rabu, 30 Jun 2010

Travelog Cinta Abadi

Penulis yang berjaya menyelitkan unsur pengajaran secara ‘hidup’ di sebalik kisah-kisah yang dipaparkan.-
Ain Maisarah
[Penulis Best-Seller Novel Remaja]

 Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu adalah sebuah autobiografi yang ‘tawaduk tetapi mesra’ dan berupaya mengusik sukma pembacanya. -
Zaid Akhtar
[Pengarang Sesegar Nailofar, Rona Bosphorus, Justeru Impian di Jaring dan Salju Sakinah]

Keistimewaan Travelog Cinta Abadi : Masa Yang Berlalu ini terletak pada cara setiap kisah digarap sehingga menimbulkan tanda tanya yang mengujakan. Pembaca jadi setia mengikuti perjalanan kisah pengarang dan juga beberapa insan tersayang di sisinya.
Nisah Haron
[Novelis Terkenal, Lentera Mustika]

HARGA: RM19.90
POS EKSPRES: RM4
JUMLAH: RM23.90 

Selasa, 15 Jun 2010

Imam Hanbali


Imam Hanbali digelar Al-Hakam kerana dapat menghafaz lebih 700,000 hadis dan berpengetahuan mendalam mengenai ilmu hadis. Melayakkan beliau mengeluarkan fatwa dalam hukum Fikah.  Imam Hanbali juga seorang yang sangat kuat beribadat, beliau sembahyang sunat 300 rakaat sehari semalam dan khatam Al-Quran seminggu sekali. Beliau sangat menghormati guru-gurunya. Ketika Imam Syafie menziarahinya di rumah, beliau segera bangun mengemaskan diri, menyambut  kedatangan gurunya lalu diberikan tempat duduk yang tinggi sementara dia duduk di bawah. Imam Hanbali tidak gemar bergurau senda, lebih suka mendiamkan diri dan berfikir. Bercakap apabila menjawab soalan mengenai hukum agama. Suka  bergaul dengan orang-orang miskin dan kurang bergaul dengan orang kaya  dan orang-orang berpangkat.

Khalifah Harun Ar-Rasyid pernah bertanya kepada Imam Syafie tentang orang yang layak menjadi Kadi di Yaman. Imam Syafie mencadangkan muridnya Imam Ahmad. Apabila Imam Ahmad Mengunjungi Imam Syafie, beliau ditawarkan dengan jawatan tersebut  tetapi ditolaknya dengan berkata ” Saya datang menemui tuan bukan untuk mendapatkan jawatan daripada khalifah”.Imam Hanbali  terkenal dengan sikap  pemurah.  Jirannya  pernah memberinya sepinggan anggur dibalasnya dengan  gula, garam dan beberapa pinggan buah-buahan. Semasa  pemerintahan Khalifah Al-Makmum bin Harun Ar-Rasyid, beliau menganut  fahaman Muktazilah yang  berpendapat  Al-Quran  itu makhluk yang bersifat baharu.  

Baginda memaksa ulama-ulama  menerima pendapat itu tetapi Imam Hanbali menentangnya dengan  mengatakan  Quran itu kalamullah yang diwahyukan kepada Nabi Muhamad melalui malaikat Jibrail.Akibat penentangannya itu  Imam Hanbali ditangkap lalu dipenjara kemudian disebat dengan rotan dalam memaksanya tunduk kepada fahaman Muktazilah.  Beliau disebat dengan rotan  sehingga kulitnya mengelupas dan keluar darah. Setelah khalifah  Al Makmun meninggal dunia diganti  khalifah Al Muktasyim. Beliau terus memenjarakan  Imam Hanbali kerana melindungi fahaman Muktazilah. 

Sehinggalah Khalifah Al-Mutawakkil  yang menganut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah berkuasa barulah Imam Hanbali dibebaskan.Dalam usaha memujuk Imam Hanbali  Khalifah Al-Mutawakkil menghadiahkan 10,000 dirham. Wang itu diambilnya  tetapi kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin.Pada hari-hari tuanya Imam Hanbali menjadi tempat rujukan orang ramai khususnya di Baghdad. Dalam menentapkan hukum beliau lebih mengutamakan Al-Quran dan As-Sunnah dan pendapat  para sahabat Rasulullah.Imam Hanbali meninggal dunia pada pagi hari Jumaat  12 Rabiul Awal  tahun 241 hijrah bersamaan 855 masihi ketika berusia 77 tahun dan dikebumikan di Baghdad.

Abdul Latip bin Talib
ISBN-13: 978-983-3892-78-5
Tarikh Terbit: 23 Apr 2010
Jumlah Muka Surat : 272

Harga: RM 24.00 / RM 27.00
Pos Ekspres: RM4
Jumlah: RM28 / RM31

Buku: Syahadah Gadis Ateis


"Semua orang bercakap mengenai Tuhan. Tuhan itulah, Tuhan inilah. Semua orang mahu saya menyembah Tuhan. Tetapi, saya tidak akan menyembah Tuhan yang saya tidak kenal dan nampak. Buktikan Tuhan itu ada!"
"Padat tetapi menarik. Emosi tetapi berintikan dalil. Inilah novel wacana Islami yang jarang-jarang sekali kita temui dalam dunia persuratan tanah air."
-Zaid Akhtar, Novelis Salju Sakinah-

Membaca kisah Syahadah Gadis Aties membuatkan anda tidak berhenti berfikir. Perbincangan yang berlaku antara Rini dan Nizam membawa pembaca ke dalam pengembaraan minda yang mempesonakan. Rini, seorang gadis yang tersesat jalan dan terpenjara dalam tembok persoalan. Nizam, pemuda yang membawa jawapan dan bukti-bukti kewujudan Tuhan. Beberapa perkara yang tidak pernah saya fikirkan dicetus dan diberikan jawapan dengan analogi yang mudah dan berkesan. Ia benar-benar dramatik.”
- A.Ubaidillah Alias, Novelis Warkah Cinta Berbau Syurga-
Bukan novel biasa, bukan buku soal jawab agama tipikal. Syahadah Gadis Aties adalah manual bahasa mudah seorang Muslim yang diekstrak dari manual agung, al-Quran. Buku pemantapan akidah yang dipermudahkan cara penyampaian ini adalah bacaan wajib bagi setiap Muslim tanpa mengira umur, kedudukan, pangkat dan tingkatan ilmu.”
-Nur Zarawati binti Mohd Zain, Pengarah Urusan Zaratech Enterprise-
Gaya penulisan yang santai dan diterapkan penuh dengan ilmu ketuhanan dan maklumat sains. Sesuai untuk golongan remaja dan peringkat pertengahan. Saya teruja apabila membaca salah satu bab dalam novel ini, kita sebenarnya sedang bergerak selaju 30 km sesaat walaupun pada ketika itu kita sedang duduk sambil membaca novel. Buku ini sesuai dijadikan bahan untuk menangkis perang saraf ke atas akidah umat Islam masa kini.”
-Hardy Nobat Jafar@Abu Bakar, Pentadbir IT & pengendali blog www.hardyw3b.wordpress.com
Nah! Sudah tiba sebuah naskhah yang pasti mengkhayalkan akal dalam sedar dan emosi iman dalam pembangunan sebuah jiwa! Naskhah ini cantik kerana setiap analogi mudah itu pasti bertemankan dalil-dalil dan nas-nas yang mengajak kita berfikir dan menjadikan kita berilmu. Ia tidak seperti kebanyakan novel-novel khayal biasa yang dilambakkan di pasaran, ia adalah naskhah ilmu dari rahmat Allah.”
-Ira Irwarddy bin Ismail, Marine Operation Drafter Syarikat Multinasional

Imran Haaz
ISBN-13: 978-967-5137-64-8
Tarikh Terbit: 18 Feb 2010
Jumlah Muka Surat : 386

Harga: RM 16.00 / RM 18.00
Pos Ekspres: RM4
Jumlah: RM20 / RM22 

Buku: Aminah Bunga Kaum Quraisy


Aminah, wirawati dengan seribu satu pengorbanan yang jarang diketengahkan.
Daripada baris pertama sehingga baris terakhir buku Aminah- Bunga Kaum Quraisy, kita dihidangkan secara terperinci babak-babak hidup Aminah, bonda junjungan hebat, Nabi Muhammad. 

Hidup beliau singkat namun sentiasa diuji dengan pelbagai peristiwa.
Puji-pujian pada keelokan fizikal dan pekerti Aminah diolah sehingga membuatkan kita sedar pada kehebatan ibu nabi terakhir ini. Betapa beliau adalah permata terlindung yang mampu dilihat oleh beberapa mata yang terpilih sahaja.

Episod cemas yang berlaku apabila Abdul Mutalib perlu memilih salah seorang daripada anaknya sebagai korban juga diceritakan satu per satu secara terperinci. Buku ini membawa pembaca meneliti kegusaran pelbagai pihak termasuk Aminah, tatkala mendengar bakal kekasih hatinya mungkin dikorbankan sebelum mereka sempat diijab kabul.

Kisah di sebalik perkahwinan antara Aminah dan Abdullah, juga kehidupan mereka selepas berkahwin turut diperincikan dalam tulisan ini. Apalagi susunan ceritanya yang teratur dan melewati saat cemas. Lebih dahsyat lagi apabila Abdullah meninggalkan rumah, sedangkan mereka masih lagi dalam fasa berbulan madu.

Abdullah menemui Tuhan tatkala Aminah sedang mengandungkan anak sulung mereka, yang akhirnya menjadi pemimpin terungggul umat Islam. Lalu, bermula episod kehidupan Aminah sebagai ibu tunggal.

Hayati dan fahami setiap baris ayat di dalam buku ini supaya semua wanita mampu menempuh dugaan hidup masa kini tanpa ada keluhan panjang.

Ezee Rahmani
ISBN-13: 978-967-5564-10-9
Tarikh Terbit:
Jumlah Muka Surat : 216

Harga: RM 17.90 / RM 19.90
Pos Ekspres: RM4
Jumlah: RM21.90 / 23.90

Isnin, 14 Jun 2010

Buku: Rabiatul Adawiyah Perindu Cinta Abadi


Kisah Rabiatul Adawiyah sejak beliau lahir sehingga beliau meninggal dunia.
Rabiatul Adawiyah anak bongsu daripada empat orang adik-beradik.
Beliau dinamakan Rabiah yang bermaksud nombor empat. 

Walaupun mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak, ayahnya tetap dengan keputusannya.
Kisahnya bermula sebelum kelahirannya lagi. Ayahnya Rabiatul adalah seorang yang baik akhlak dan elok ilmu agamanya.

Semasa dia masih kecil kedua-dua ibu bapanya meninggal dan tinggallah dia dengan kakak-kakaknya. Kemudiannya ujian Tuhan datang lagi, dia diculik dan menjadi hamba pada satu keluarga kaya. Daripada situlah perjalanan spiritual Rabiatul berkembang sehinggalah beliau diiktiraf sebagai wali.

Zahiruddin Zabidi
ISBN-13: 978-983-3892-74-7
Tarikh Terbit: 18 May 2010
Jumlah Muka Surat : 272

Harga: RM 24.00 / RM 27.00
Pos Ekspres: RM4
Jumlah: RM28 / RM31

Buku: Perang Badar Perang Penentuan


Kisah Perang Badar. Ini novel yang berkisah secara lengkap berkenaan Perang Badar. Ia bermula daripada galau di Mekah yang akhirnya membawa penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Di Madinah Nabi Muhammad SAW menjadi ketua yang dihormati dan beliau membina Madinah menjadi wilayah yang berdaulat.

Konflik bermula apabila Quraisy kafir di Mekah tidak mengiktiraf pemerintahan Islam di Madinah. Mereka cuba menceroboh kawasan Madinah semasa kafilah dagang mereka mahu berdagang ke Syam tanpa meminta izin daripada pihak Madinah.

Pihak Islam Madinah tidak berdiam diri. Mereka mengetatkan kawalan di kawasan sempadan dan akhirnya perang pun tercetus.

Abdul Latip bin Talib
ISBN-13: 978-983-3892-92-1
Tarikh Terbit: 20 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 256

Harga: RM RM24.00 / RM RM27.00
Pos Ekspres: RM4
Jumlah: RM28 / RM31 

Khamis, 10 Jun 2010

Siri 100 Pahlawan Syurga


 Tajuk: Singa Siang Hari
Penulis: Harun Arrasyid Haji Tuskan
Harga: RM34
Pos Ekspres: RM6
Jumlah: RM40


Tajuk: Teman Bidadari
Penulis: Harun Arrasyid Haji Tuskan
Harga: RM34
Pos Ekspres: RM6
Jumlah: RM40


Tajuk: Penegak Kebenaran
Penulis: Harun Arrasyid Haji Tuskan
Harga: RM36
Pos Ekspres: RM6
Jumlah: RM42

Pembeli yang membeli satu set ketiga-tiga buah buku diberikan harga berikut:
Buku satu set: RM104
Pos: RM14
Jumlah: RM118