Selamat Datang Ke Laman Niaga Ilmu Budi

Pengikut

Khamis, 18 November 2010

Wasilah Cinta Weera

Tajuk: Wasilah Cinta Weera
Penulis: Rose Harissa
Penerbit: PTS

Sinopsis
Sebuah kisah yang sarat makna kasih sayang sesama manusia. Ia menawarkan keharuan ikhlasnya perhubungan antara Weera dan Ray, dua sahabat yang disalah erti hubungan hanya kerana mereka lelaki. Namun pada mereka setiap manusia boleh berbicara soal keteguhan hati, kasih dan keikhlasan asalkan ia kerana Allah.
 
Ujian Tuhan akhirnya menyentuh Weera. Fitnah tidak malu-malu menghambur namun Weera tetap teguh kerana dia percaya ujian mendatangkan kebahagian untuk sesiapa yang mengertikannya. Pengertiannya, menitis lembut pada kata Wasilah Cinta Weera.
 
Harga: RM20
Pos: 6
Jumlah: RM26

Bara Cinta Canberra

Tajuk: Bara Cinta Canberra
Penulis: Ilham Hamdani
Penerbit: PTS

Sinopsis
Ikmal Hakimi, seorang bekas pelajar Malaysia yang kematian emaknya dan baru mengalami cinta terhalang. Akhirnya dia yang pernah belajar di Canberra (dan mengulang setahun) kembali semula ke Canberra.

Cerita bermula apabila Ikmal Hakimi bertemu dengan Nia Suraya, bekas kekasihnya yang datang ke Canberra sabagai pegawai diplomatik yang berkursus setahun. Di sinilah bermulanya cinta musim kedua.

Dalam masa yang sama, ada seorang gadis Cina, Melissa Ai Ying Keong, adik teman serumah Ikmal Hakimi yang mearuh perasaannya kepada Ikmal Hakimi. Di sinilah berlakunya konflik.

Selain itu, ada watak tambah Makcik Marwa dan Izzuddin al-Qassam yang telah merubah Ikmal Hakimi. Daripada seorang pemuda bermasalah, yang tidak ada pegangan hidup, yang ibarat lalang, kemudian menjadi seorang yang kuat agama, dan mendekati Tuhan, sesuai dengan nasihat Makcik Marwa, 'Carilah Cinta Tuhan, kamu akan bertemu cinta hamba.'

Nia Suraya yang terjebak dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa sehingga dia sendiri diculik, dan Melissa pula terus-terusan menawarkan cinta sucinya.

Harga: RM21.50
Pos: RM6
Jumlah: RM27.50

Warkah Cinta Berbau Syurga

Tajuk: Warkah Cinta Berbau Syurga
Penulis: A. Ubaidillah Alias
Penerbit: PTS

Sinopsis
Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?


Harga: RM23.50
Pos: RM6 
Jumlah: RM29.50

Kala Cinta & Wahyu Bersatu

 Tajuk: Kala Cinta & Wahyu Bersatu
Penulis: A. Ubaidillah Alias
Penerbit: PTS

Sinopsis
"Balqis, mungkinkah cintanya yang terkunci dalam makhfi akan terbuka? Amelia, bisakah rindunya yang mendudu itu berlagu? Tasnim, mampukah dia memerdekakan cinta Wardah? Nun di sana, Amir Mukhlis bergelut menyatukan cinta dan wahyu agar menjelma jawapan untuk segalanya."

Harga: RM18
Pos: RM6
Jumlah: RM24

Aminah Cinta Puteri Quraisy

Tajuk: Aminah Cinta Puteri Quraisy
Penulis: Zahiruddin Zabidi
Penerbit: PTS

Sinopsis
Aminah binti Wahab lebih dikenali sebagai bonda junjungan Nabi Muhammad SAW. Namun pada satu sisi lain, Aminah adalah wanita Quraisy yang terbaik daripada segi keturunan dan kedudukannya pada waktu itu sehingga boleh digelar sebagai puteri kaum Quraisy. Beliau juga adalah isteri kepada Abdullah bin Abdul Mutalib, pemuda Quraisy yang terbaik pada zamannya. 

Novel ini bercerita berkenaan sisi ini, sisi beliau sebagai isteri yang memberikan sepenuh hatinya untuk seorang lelaki yang bergelar suami. Aminah bin Wahab adalah wanita kaum Quraisy daripada bani Zuhrah. Beliau adalah anak kepada pemimpin bani Zuhrah, Wahab bin Abdul Manaf. Namun, sedari kecil beliau dipelihara oleh bapa saudaranya, Wuhaib bin Abdul Manaf . Beliau meninggal dunia pada tahun 557 masihi semasa dalam perjalanan pulang ke Mekah dari Madinah. Beliau dikebumikan di perkampungan bernama Abwaa.

Harga: RM24
Pos: RM4.50
Jumlah: RM28.50

Salju Sakinah

Tajuk: Salju Sakinah
Penulis: Zaid Akhtar
Penerbit: PTS

Sinopsis
Salju Sakinah sebuah novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun tetap mesra dan tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial yang digauli wataknya. Novel Islami ini menyorot ketabahan watak Sumayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.

Harga: RM26
Pos: RM6
Jumlah: RM32

Ma Yan

Tajuk: Ma Yan
Penulis: Sanie B. Kuncoro
Penerbit: PTS

Sinopsis
 
Lahir di sebuah desa terpencil, Zhangjiangsu, Ma Yan adalah seorang gadis perempuan yang unik. Di desa yang sebahagian besar perempuannya menikah muda, serta kesempatan bagi bersekolah hanyalah hak istimewa anak laki-laki, tidak membuat surut semangat Ma Yan mahu mendapatkan pendidikan di sekolah.

Novel yang ditulis daripada kisah sebenar ini menyentuh hati dan akan membuat para pembaca berurai air mata. Betapa gadis kecil ini berusaha keras bagi memperoleh pendidikan yang selayaknya. Bahkan, Ma Yan berani mengambil risiko berjalan kaki selama lima jam kerana tidak punya wang buat membayar pengangkutan ke sekolah.

Harga: RM16
Pos: RM4.50
Jumlah: RM20.50