Selamat Datang Ke Laman Niaga Ilmu Budi

Pengikut

Khamis, 27 Januari 2011

Hijrah Permulaan Sebuah Kegemilangan

Tajuk: Hijrah Permulaan Sebuah Kegemilangan
Penulis: Abdul Latip Talib
Penerbit: PTS
Tebal: 640 muka surat
Harga: RM35 / RM38
Pos: RM7
Jumlah: RM42 / RM45

Sinopsis
Hijrah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meninggalkan satu tempat bagi menuju ke tempat lain. Hijrah Rasulullah adalah meninggalkan Kota Mekah dan berpindah ke Madinah demi mengikut perintah Allah dan RasulNya. Sebelum itu Sayidina Jaafar bin Abi Talib bersama rombongannya berhijrah ke Habsyah bagi menyelamatkan diri daripada kekejaman musyrikin Quraisy. 

Mereka berhijrah bagi menyelamatkan akidah daripada ancaman musuh. Peristiwa hijrah Rasulullah dan para sahabatnya adalah dengan perintah Allah, bukan kehendak mereka sendiri. Walaupun Allah berkuasa memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya dan hijrah boleh berlaku sepenuhnya melalui mukjizat nabi, namun Allah tidak menghendakinya sedemikian. Hijrah berlaku dalam bentuk peristiwa yang digabungkan antara perlindungan Allah dengan ikhtiar manusia. Memang Rasulullah mendapat perlindungan Allah, tetapi beliau juga terpaksa menempuh perjalanan yang serba pahit. Walaupun Rasulullah yakin Allah akan melindunginya namun, beliau perlu berikhtiar merencanakan perjalanannya supaya selamat sampai. Beliau juga bersembunyi di Gua Thur selepas berpesan kepada anaknya supaya menghantar makanan dan susu. 

Sebab-sebab berlakunya hijrah:

1. Ancaman, tekanan dan penyeksaan yang kuat daripada kaum Quraisy Mekah kepada Nabi Muhammad dan pengikutnya. 

2. Pemulauan yang dilakukan kepada Bani Hasyim dan Bani Abdul Muttalib hingga mereka menderita akibat kekurangan makanan. 

3. Kaum Quraisy juga mengancam nyawa Rasulullah. Beberapa percubaan dilakukan bagi membunuh nabi tetapi tidak berjaya. 

4. Penduduk Madinah yang sering berperang sesama mereka memerlukan seorang pemimpin yang boleh mendamaikan serta menyatukan mereka. Lalu mereka menjemput Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah. 

Miliki sekarang. Sedang hangat di pasaran.

Isnin, 10 Januari 2011

Armagedon 2012

Tajuk: Armagedon 2012
Penulis: Muhammad Alexander
Penerbit: PTS
Jumlah muka surat: 560
Harga: RM 31.50 / RM 34.50
Pos: RM7
Jumlah: RM38.50 / 41.50

Sinopsis

Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.
Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.
Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).

Bisikan Syurga

Tajuk: Bisikan Syurga
Penulis: Yani Rahma Nugraheni
Penerbit: PTS
Harga: RM 17.50 / RM 19.50
Pos: RM4.50
Jumlah: RM21.50 / RM24

Sinopsis

Sarah adalah cerminan manusia masakini yang menakjubkan.  Dia memiliki hati yang lembut, halus, penuh empati dan menyenangkan sesiapa sahaja yang berkomunikasi dengannya.  

Namun, di sebalik kekuatan pesona peribadinya, dia bersama-sama beberapa orang rakannya menyimpan misi utama iaitu memurtadkan orang-orang Muslim.  Tanpa diduga, dengan keindahan suara Salsabila, yang hidup dalam tekanan, penindasan, prahara jiwa dan kemiskinan, Sarah terlontar ke pintu Syurgawi. Penuh kemelut dan intimidasi memang, tetapi hidayah sangat tidak terbendung.


Novel yang sarat dengan konflik hidup dan idealisme ini menghadirkan kesaksian mengharukan tentang rahsia Ilahi dalam menyentuh jiwa-jiwa manusia yang lemah dan fana.

Andai Gerimis Berhenti

Tajuk: Andai Gerimis Berhenti
Penulis: Mardihah Adam
Penerbit: PTS
Jumlah Muka Surat : 384
Harga: RM 17.50 / RM 19.50
Pos: RM4.50
Jumlah: RM22 / RM24

 

Sinopsis
Hatinya sentiasa mahu tenang mengharungi cita-cita dan cabaran berganda. Nur Aisya binti Mohd Jamil mengharungi impian dengan ternakan ikan air tawarnya. Gadis cekal yang mengalunkan cerita dengan pengertian maqam takwa, kasih sayang seorang anak dan kisah hatinya bersama cinta yang terus-terusan mendatang.


Musim-musim ciptaan Tuhan lantas berlalu dengan nyaman. Sehingga Tuhan mendatangkan cabaran dan dia akhirnya mencari diri. Cinta, cita-cita dan kasih dalam kisah hidupnya dibawa supaya segala ketenangan dan musim mendatang Tuhan ciptakan keajaiban. Gerimis tidak akan berhenti dan sentiasa mendatang sehari-hari.