Selamat Datang Ke Laman Niaga Ilmu Budi

Pengikut

Isnin, 5 April 2010

Novel: Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam


Umar Al-Khattab adalah khalifah Islam kedua selepas Abu Bakar As-Siddiq. Beliau memeluk Islam selepas memukul adik perempuannya, Fatimah al-Khattab dan suaminya iaitu Said b Zaid. Beliau seorang yang amat berani. Sebelum Islam beliaulah insan yang peling membenci Rasulullah dan Islam, namun apabila Islamnya Umar, beliau menjadi manusia yang paling mencintai Rasulullah dan Islam. Hayatilah novel ini. Anda pasti akan menitiskan air mata dengan penceritaan yang menarik ini. Dapatkannya sekarang, Isi borang di sebelah.

Harga: RM26.90
Pos:RM4
Jumlah: RM30.90

Novel: Abu Ubaidah Penakluk Parsi

 
Mari kita hayati kisah Abu Ubaidah Al-Jarrah yang sanggup membunuh ayahnya di dalam peperangan Badar kerana mempertahankan Islam. Beliau diberi gelaran 'Orang Kepercayaan Umat' oleh Rasulullah. Penulis, Abdul Latip Talib telah menulis novel ini dengan gaya penulisan yang menarik sehinggakan kita yang membaca seolah-olah berada pada zaman tersebut. Terasa seperti kita Abu Ubaidah. Dapatkannya segera. Isi borang di sebelah.

Harga: RM27.90
Pos:RM4
Jumlah: RM31.90

Novel: Abu Bakar Sahabat Sejati


Abu Bakar adalah teman rapat Nabi Muhammad semasa hayat baginda. Beliau antara golongan awal yang menerima dakwah Rasulullah dan membenarkan semua kata-kata dan perbuatan baginda rasul. Mari kita hayati kisah Abu Bakar ini melalui penceritaan yang amat menarik oleh Tuan Abdul Latip Talib, penulis novel Islam tersohor Malaysia masa kini. Dapatkannya segera. Isi borang tempahan di sebelah.

Harga: RM26
Pos:RM4
Jumlah: RM30

Novel Salahudin Ayubi


Salahudin merupakan pahlawan Islam yang terbilang kerana berjaya menakluk Jerusalem dan mengikat perjanjian damai dengan tentera Salib. Novel ini menceritakan secara terperinci strategi peperangan yang digunakan oleh Salahudin dan pasukan tenteranya sehingga berjaya menawan pihak musuh dalam setiap peperangan. Novel ini telah diulangcetak sebanyak 10 kali. Tahun 2009 sahaja telah terjual melebihi 9000 buah. Dapatkannya segera. Isi borang tempahan di sebelah.

Harga: RM26.90
Pos:RM4
Jumlah: RM30.90

Selasa, 9 Mac 2010

DVD Laskar Pelangi


Tajuk: Laskar Pelangi
Durasi DCD: 85 minit
Harga: RM39 termasuk pos

Sinopsis: Kegigihan dua orang guru meneruskan survival sebuah sekolah agama di Pulau Belitung, Indonesia. Mereka cekal mendidik anak murid yang hanya berjumlah 10 orang hingga mereka berjaya. Mereka menempuh banyak kesukaran. Filem yang diangkat daripada novel Laskar Pelangi ini adalah kisah benar yang berlaku hampir 30 tahun yang lalu. Filem ini turut mendapat sokongan daripada Presiden Indonesia yang meluangkan masanya untuk melihat di pawagam.

DVD Ketika Cinta Bertasbih


Tajuk: Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2
Durasi DVD: 4 Jam (2 DVD)
Harga: RM78 termasuk pos
Sinopsis: Adaptasi daripada novel tulisan Habiburrahman El Shirazy, Ketika Cinta Bertasbih. Filem ini berkisar tentang seorang pemuda bernama Abdullah Khairul Azam, graduan Universiti Al Azhar, Mesir mencari seorang isteri solehah. Apa yang menariknya proses mencari isteri oleh Azam menggunakan cara yang syar'ie. Filem yang ditayangkan di Indonesia pada tahun lepas ini mendapat sambutan yang amat hebat di sana. Sebahagian daripada filem ini dibuat penggambaran di bumi Mesir. Dapatkannya segera dengan menghubungi saya.

Khamis, 28 Januari 2010

VCD Sang Murabbi



Dapatkan segera VCD Sang Murabbi ini. Didatangkan dari Indonesia. Filem ini mengisahkan kehidupan benar seorang pendakwah bernama Ustaz Rahmat Abdullah yang gigih berdakwah semasa hayatnya. Ustaz Rahmat sempat menjadi ahli parlimen Partai Keadilan Sejahtera (PKS) sebelum menghembuskan nafas yang terakhir pada 2005. Beliau yang lahir pada tahun 1953 amat sederhana dalam kehidupan dan meletakkan tawakal yang tinggi dalam melaksanakan amal dakwahnya.


Harga: RM29 sahaja termasuk kos pos

Rabu, 28 Oktober 2009

Buku: Indahnya Hidup Bersyariat

Tajuk: Indahnya Hidup Bersyariat
Penulis: Dato' Ismail Kamus dan
Mohd Azrul Azlen Ab Hamid
Topik Diperbincangkan:
1. Syariat Kelahiran
2. Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3. Syariat Berkaitan Remaja
4. Fardhu Ain Asas
5. Munakahat
6. Syariat Dalam Bermasyarakat
7. Syariat Sunat Harian Sepanjang Masa
Tebal: 328 muka surat bercetak yang berwarna
Setiap tajuk dihuraikan dengan cukup ringkas dan mudah difahami.

Dilengkapi dengan gambar-gambar berwarna bagi memudahkan
memahami perbuatan sebenar.

Buku ini WAJIB dimiliki setiap umat Islam.

RM58 termasuk harga pos
Dapatkannya segera

Isnin, 26 Oktober 2009

Tempahan Kalendar 2010

Hadiahkan pelanggan anda dengan kalendar 2010. Tentu
pelanggan anda akan terus mempercayai dan memberikan
sokongan mereka kepada anda. Hubungi saya segera.
Lihat katalog di atas untuk mendapatkan senarai harga.
Harga di atas tidak termasuk kos pos. Kos pos akan
dikira berdasarkan jumlah pesanan.

Khamis, 15 Oktober 2009

Quran Terjemahan Darul Iman

Nama: Al Quran @ Terjemahnya
Penerbit: Pustaka Darul Iman
Saiz: 10.5 cm X 13 cm
Kulit: Keras
RM 40 termasuk pos
Dapatkan segera

Makluman

Tafsir Quran Per Kata telah habis stok ketika ini. Stok terbaru akan sampai dari Indonesia dalam masa dua minggu dari sekarang. Harap maaf. Kepada yang telah memesan, insya Allah pesanan anda akan dihantar sebaik sahaja stok terbaru kami terima dari Indonesia. Maaf sekali lagi. Teruskan menziarahi blog ini untuk dapatkan bahan bacaan yang bermanfaat. Terima kasih atas sokongan selama ini.

Selasa, 13 Oktober 2009

Kamus ADIK


1. Kamus ADIK mengandungi tiga bahasa iaitu
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

2. Sesuai digunakan untuk peringkat usia 3 tahun ke atas.

3. Kandungan berwarna yang amat menarik.

4. Penonjolan suasana islamik.

5. Dilengkapi dengan VCD yang memberi panduan menyebut
setiap perkataan di dalam kamus.

RM 19.80
RM 22 (kos pos)

Dapatkan segera

Rabu, 7 Oktober 2009

Cinta Di Rumah Hasan Al Banna

Tajuk: Cinta Di Rumah Hasan Al Banna
Tebal: 76 ms
Harga: RM13 + RM4.50 (Kos Pos)
Jumlah: RM17.50
Sinopsis:
Buku ini mengisahkan kehidupan Hasan Al Banna sebagai
seorang ayah dan suami ketika berada di rumah. Jarang
kita temui buku yang membicarakan tentang Hasan al Banna
ketika di rumahnya. Kisah di dalam buku ini ditulis berdasarkan
apa yang diceritakan oleh anak2anak Hasan al Banna.
Jangan lepaskan peluang mendapatkan buku yang amat berharga ini.
Jadikan ia satu lagi koleksi perpustakaan anda.
Bangsa Membaca Bangsa Berilmu
Dapatkannya segera

Selasa, 25 Ogos 2009

Tafsir Qur'an Per Kata

Nama: Tafsir Qur'an Per Kata
Keluaran: Maghfirah Pustaka
Keistimewaan:
1. Terjemahan setiap perkataan di bawah setiap ayat.
2. Beberapa ayat tertentu disertakan sebab-sebab turun ayat.
Harga: RM110 sahaja (tidak termasuk pos)
RM120 (kos pos)
Sebab-sebab turun ayat dinyatakan di sebelah tepi.

Terjemahan bahasa Indonesia di bawah setiap perkataan.
Anda belajar bahasa Arab secara tidak langsung.

Dapatkan sebelum terlambat. Stok terhad.

Bonus pembelian:
1. CD bacaan al quran.
2. Penanda al quran.
3. Beg kecil quran.




Rabu, 19 Ogos 2009

Buku 'Motivasi Iman'

Tajuk: Motivasi Iman
Penulis: Abu Farwah
Saiz: A5, 96 muka surat bercetak dan tidak bercetak
Harga: RM10 (tambahan RM2 untuk kos pos)
Sinopsis: Buku ini mengandungi 31 Tazkirah yang merangkumi kisah sahabat, al quran dan sebagainya. Di hujung setiap tajuk diberikan pengajaran kisah atau tajuk tersebut. Setiap tajuk hanya di antara dua hingga lima muka surat.
Dapatkannya sebelum terlambat. Penuhkan hari-hari anda dengan bacaan bermanfaat ini.