Selamat Datang Ke Laman Niaga Ilmu Budi

Pengikut

Isnin, 14 Jun 2010

Buku: Perang Badar Perang Penentuan


Kisah Perang Badar. Ini novel yang berkisah secara lengkap berkenaan Perang Badar. Ia bermula daripada galau di Mekah yang akhirnya membawa penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Di Madinah Nabi Muhammad SAW menjadi ketua yang dihormati dan beliau membina Madinah menjadi wilayah yang berdaulat.

Konflik bermula apabila Quraisy kafir di Mekah tidak mengiktiraf pemerintahan Islam di Madinah. Mereka cuba menceroboh kawasan Madinah semasa kafilah dagang mereka mahu berdagang ke Syam tanpa meminta izin daripada pihak Madinah.

Pihak Islam Madinah tidak berdiam diri. Mereka mengetatkan kawalan di kawasan sempadan dan akhirnya perang pun tercetus.

Abdul Latip bin Talib
ISBN-13: 978-983-3892-92-1
Tarikh Terbit: 20 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 256

Harga: RM RM24.00 / RM RM27.00
Pos Ekspres: RM4
Jumlah: RM28 / RM31 

Khamis, 10 Jun 2010

Siri 100 Pahlawan Syurga


 Tajuk: Singa Siang Hari
Penulis: Harun Arrasyid Haji Tuskan
Harga: RM34
Pos Ekspres: RM6
Jumlah: RM40


Tajuk: Teman Bidadari
Penulis: Harun Arrasyid Haji Tuskan
Harga: RM34
Pos Ekspres: RM6
Jumlah: RM40


Tajuk: Penegak Kebenaran
Penulis: Harun Arrasyid Haji Tuskan
Harga: RM36
Pos Ekspres: RM6
Jumlah: RM42

Pembeli yang membeli satu set ketiga-tiga buah buku diberikan harga berikut:
Buku satu set: RM104
Pos: RM14
Jumlah: RM118

Isnin, 24 Mei 2010

Buku: Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan


Buku ini ditulis khusus bagi membantu para pegawai perkhidmatan pendidikan membuat ulang kaji dengan mudah, cepat, dan komprehensif.


Nota ulang kaji yang ringkas dan padat dengan maklumat terkini, pelbagai soalan latihan aneka pilihan yang mencabar, serta cadangan menghadapi soalan tugasan individu, dan esei pasti dapat membantu para pegawai yang bakal menghadapi Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Buku ini merentas pelbagai Tahap Kecekapan (TK), dari TK1 hingga TK6. Ia dapat membantu para pegawai membuat persediaan yang komprehensif, tanpa perlu membeli buku ulang kaji yang berbeza bagi tahap kecekapan yang berlainan.

Tatakelakuan dan Sahsiah Guru Sebagai Penjawat Awam
Urusan Perkhidmatan
Dasar Pembangunan Nasional dan Kaitannya dengan Perkembangan Pendidikan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Soalan Objektif Kompetensi Generik
Soalan dan Jawapan Esei Kompetensi Generik
Jawapan Soalan Objektif Kompetensi Generik

James Ang Jit Eng adalah Ketua Jabatan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.
 
Beliau pernah menjadi tenaga pengajar, penyedia soalan, penilai, dan pemeriksa kertas peperiksaan kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).


Kandungan

BAHAGIAN I
Tatakelakuan dan Sahsiah Guru Sebagai Penjawat Awam
Etika Perkhidmatan Awam
Etika Profesion Keguruan
Standard Guru Malaysia (SGM)
Pelan Integriti Nasional / Integriti dalam Perkhidmatan Awam
Tonggak Dua Belas
Rukun Negara
Piagam Pelanggan
Tadbir Urus Terbaik
Konsep Satu Malaysia
Pelan hala tuju Transformasi Kerajaan (PTK)
Bidang Keberhasilanan Utama Negara (NKRA)
Protokol dan Etiket Majlis Rasmi.

BAHAGIAN II
Urusan Perkhidmatan
Sistem Saraan Malaysia (SSM)
Perintah Am
Bab A – Lantikan dan Kenaikan Pangkat
Bab B: Elaun dan Kemudahan dalam Perkhidmatan
Arahan Perbendaharaan yang berkaitan dengan elaun dan kemudahan
Bab C – Cuti
Bab D – Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
Bab E – Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan
Bab F – Perubatan
Bab G – Waktu Bekerja dan Lebih Masa
Penilaian Prestasi Perkhidmatan
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan yang berkaitan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

BAHAGIAN V
Soalan Objektif Kompetensi Generik

BAHAGIAN VI
Soalan dan Jawapan Esei Kompetensi Generik

BAHAGIAN VII
Jawapan Soalan Objektif Kompetensi Generik

Rujukan
Indeks
Penulis

Harga: RM35
Pos: RM7
Jumlah: RM42

Jumaat, 7 Mei 2010

DVD Emak Ingin Naik Haji


Emak Ingin Naik Haji diangkat daripada sebuah cerpen Asma Nadia. Ia mengisahkan seorang ibu yang kepingin mengerjakan haji. Dia berusaha menabung wangnya untuk membolehkannya pergi ke tanah suci. Keinginannya cukup kuat bahawa dia akan sampai ke sana suatu hari nanti. Berjayakan Emak naik haji? Saksikan kesudahan kisah ini dengan mendapatkan DVD daripada saya.
RM39 termasuk pos...

Jumaat, 9 April 2010

Al-Mathurat - Doorgift

Kod: BM1001
Kod: BM 1002

 Tajuk: Al-Ma'thurat
Tebal: 38 muka surat bercetak
Tinggi: 6 inci
Lebar: 4 inci
Kualiti: Kertas licin


Dapatkan Risalah Al-Ma'thurat ini dengan harga istimewa dalam kuantiti yang banyak. Ini adalah Al-Ma'thurat Kubra. Anda juga boleh membuat tempahan khas sempena majlis anda seperti majlis perkahwinan, pertunangan, kenduri atau apa sahaja. Pelanggan boleh meletak nama atau kata-kata di belakang kulit mengikut kesesuaian majlis. 

Isi borang di bawah bagi mendapatkan sebut harga.

Novel: Imam Hanafi Pendebat kebenaran


Novel Sejarah Islam terbaru karya Abdul Latip Talib. Dapatkannya segera. Isi borang tempahan di bawah blog ini.

Harga: RM24
Pos:RM4

Jumlah: RM28

Imam Syafie Pejuang Kebenaran


Pastikan anda memiliki satu lagi tulisan hebat novelis sejarah Islam terkenal Malaysia, Abdul Latip Talib. Kali ini pembaca dibawa menelusuri kehidupan Muhammad b Idris yang lebih dikenali sebagai Imam Syafie. Ketahui kisah bagaimana kegigihan Imam Syafie mencari ilmu ke merata tempat. Perlu dibaca oleh kita yang meletakkan pendapat Imam Syafie sebagai pegangan kehidupan kita.

Harga: 24
Pos:RM4
Jumlah: RM28

Rabu, 7 April 2010

Ilmu Pengaruh Bukan Jampi Tetapi Seni

Imbang PenuhSelama ini kita beranggapan pangkat, kekuasaan dan kuasa mampu membuatkan kita berpengaruh. Sehinggakan ada yang sanggup melakukan apa sahaja, biarpun tidak dihalalkan agama atau tidak direstui norma masyarakat.

Mungkin kita tidak perasan, sebenarnya ada beberapa orang di sekeliling yang masih berpengaruh secara semula jadi. Maksudnya tanpa jampi serapah pun, kita mampu membuatkan semua orang mengatakan YA kepada pendapat kita. Ini yang disebut seni mempengaruh.

Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi, tetapi Seni,wajib dimiliki oleh mereka yang kerja berkumpulan, tidak kira pihak atasan, mahupun pekerja sokongan. Selepas mendalami ilmu pengaruh melalui buku ini, ayuh lekas mencubanya secara halus.

Harga: RM21.90
Pos:RM4
Jumlah: RM25.90

Isnin, 5 April 2010

Novel: Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam


Umar Al-Khattab adalah khalifah Islam kedua selepas Abu Bakar As-Siddiq. Beliau memeluk Islam selepas memukul adik perempuannya, Fatimah al-Khattab dan suaminya iaitu Said b Zaid. Beliau seorang yang amat berani. Sebelum Islam beliaulah insan yang peling membenci Rasulullah dan Islam, namun apabila Islamnya Umar, beliau menjadi manusia yang paling mencintai Rasulullah dan Islam. Hayatilah novel ini. Anda pasti akan menitiskan air mata dengan penceritaan yang menarik ini. Dapatkannya sekarang, Isi borang di sebelah.

Harga: RM26.90
Pos:RM4
Jumlah: RM30.90

Novel: Abu Ubaidah Penakluk Parsi

 
Mari kita hayati kisah Abu Ubaidah Al-Jarrah yang sanggup membunuh ayahnya di dalam peperangan Badar kerana mempertahankan Islam. Beliau diberi gelaran 'Orang Kepercayaan Umat' oleh Rasulullah. Penulis, Abdul Latip Talib telah menulis novel ini dengan gaya penulisan yang menarik sehinggakan kita yang membaca seolah-olah berada pada zaman tersebut. Terasa seperti kita Abu Ubaidah. Dapatkannya segera. Isi borang di sebelah.

Harga: RM27.90
Pos:RM4
Jumlah: RM31.90

Novel: Abu Bakar Sahabat Sejati


Abu Bakar adalah teman rapat Nabi Muhammad semasa hayat baginda. Beliau antara golongan awal yang menerima dakwah Rasulullah dan membenarkan semua kata-kata dan perbuatan baginda rasul. Mari kita hayati kisah Abu Bakar ini melalui penceritaan yang amat menarik oleh Tuan Abdul Latip Talib, penulis novel Islam tersohor Malaysia masa kini. Dapatkannya segera. Isi borang tempahan di sebelah.

Harga: RM26
Pos:RM4
Jumlah: RM30

Novel Salahudin Ayubi


Salahudin merupakan pahlawan Islam yang terbilang kerana berjaya menakluk Jerusalem dan mengikat perjanjian damai dengan tentera Salib. Novel ini menceritakan secara terperinci strategi peperangan yang digunakan oleh Salahudin dan pasukan tenteranya sehingga berjaya menawan pihak musuh dalam setiap peperangan. Novel ini telah diulangcetak sebanyak 10 kali. Tahun 2009 sahaja telah terjual melebihi 9000 buah. Dapatkannya segera. Isi borang tempahan di sebelah.

Harga: RM26.90
Pos:RM4
Jumlah: RM30.90

Selasa, 9 Mac 2010

DVD Laskar Pelangi


Tajuk: Laskar Pelangi
Durasi DCD: 85 minit
Harga: RM39 termasuk pos

Sinopsis: Kegigihan dua orang guru meneruskan survival sebuah sekolah agama di Pulau Belitung, Indonesia. Mereka cekal mendidik anak murid yang hanya berjumlah 10 orang hingga mereka berjaya. Mereka menempuh banyak kesukaran. Filem yang diangkat daripada novel Laskar Pelangi ini adalah kisah benar yang berlaku hampir 30 tahun yang lalu. Filem ini turut mendapat sokongan daripada Presiden Indonesia yang meluangkan masanya untuk melihat di pawagam.

DVD Ketika Cinta Bertasbih


Tajuk: Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2
Durasi DVD: 4 Jam (2 DVD)
Harga: RM78 termasuk pos
Sinopsis: Adaptasi daripada novel tulisan Habiburrahman El Shirazy, Ketika Cinta Bertasbih. Filem ini berkisar tentang seorang pemuda bernama Abdullah Khairul Azam, graduan Universiti Al Azhar, Mesir mencari seorang isteri solehah. Apa yang menariknya proses mencari isteri oleh Azam menggunakan cara yang syar'ie. Filem yang ditayangkan di Indonesia pada tahun lepas ini mendapat sambutan yang amat hebat di sana. Sebahagian daripada filem ini dibuat penggambaran di bumi Mesir. Dapatkannya segera dengan menghubungi saya.

Khamis, 28 Januari 2010

VCD Sang Murabbi



Dapatkan segera VCD Sang Murabbi ini. Didatangkan dari Indonesia. Filem ini mengisahkan kehidupan benar seorang pendakwah bernama Ustaz Rahmat Abdullah yang gigih berdakwah semasa hayatnya. Ustaz Rahmat sempat menjadi ahli parlimen Partai Keadilan Sejahtera (PKS) sebelum menghembuskan nafas yang terakhir pada 2005. Beliau yang lahir pada tahun 1953 amat sederhana dalam kehidupan dan meletakkan tawakal yang tinggi dalam melaksanakan amal dakwahnya.


Harga: RM29 sahaja termasuk kos pos