Selamat Datang Ke Laman Niaga Ilmu Budi

Pengikut

Jumaat, 9 April 2010

Al-Mathurat - Doorgift

Kod: BM1001
Kod: BM 1002

 Tajuk: Al-Ma'thurat
Tebal: 38 muka surat bercetak
Tinggi: 6 inci
Lebar: 4 inci
Kualiti: Kertas licin


Dapatkan Risalah Al-Ma'thurat ini dengan harga istimewa dalam kuantiti yang banyak. Ini adalah Al-Ma'thurat Kubra. Anda juga boleh membuat tempahan khas sempena majlis anda seperti majlis perkahwinan, pertunangan, kenduri atau apa sahaja. Pelanggan boleh meletak nama atau kata-kata di belakang kulit mengikut kesesuaian majlis. 

Isi borang di bawah bagi mendapatkan sebut harga.

Novel: Imam Hanafi Pendebat kebenaran


Novel Sejarah Islam terbaru karya Abdul Latip Talib. Dapatkannya segera. Isi borang tempahan di bawah blog ini.

Harga: RM24
Pos:RM4

Jumlah: RM28

Imam Syafie Pejuang Kebenaran


Pastikan anda memiliki satu lagi tulisan hebat novelis sejarah Islam terkenal Malaysia, Abdul Latip Talib. Kali ini pembaca dibawa menelusuri kehidupan Muhammad b Idris yang lebih dikenali sebagai Imam Syafie. Ketahui kisah bagaimana kegigihan Imam Syafie mencari ilmu ke merata tempat. Perlu dibaca oleh kita yang meletakkan pendapat Imam Syafie sebagai pegangan kehidupan kita.

Harga: 24
Pos:RM4
Jumlah: RM28

Rabu, 7 April 2010

Ilmu Pengaruh Bukan Jampi Tetapi Seni

Imbang PenuhSelama ini kita beranggapan pangkat, kekuasaan dan kuasa mampu membuatkan kita berpengaruh. Sehinggakan ada yang sanggup melakukan apa sahaja, biarpun tidak dihalalkan agama atau tidak direstui norma masyarakat.

Mungkin kita tidak perasan, sebenarnya ada beberapa orang di sekeliling yang masih berpengaruh secara semula jadi. Maksudnya tanpa jampi serapah pun, kita mampu membuatkan semua orang mengatakan YA kepada pendapat kita. Ini yang disebut seni mempengaruh.

Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi, tetapi Seni,wajib dimiliki oleh mereka yang kerja berkumpulan, tidak kira pihak atasan, mahupun pekerja sokongan. Selepas mendalami ilmu pengaruh melalui buku ini, ayuh lekas mencubanya secara halus.

Harga: RM21.90
Pos:RM4
Jumlah: RM25.90

Isnin, 5 April 2010

Novel: Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam


Umar Al-Khattab adalah khalifah Islam kedua selepas Abu Bakar As-Siddiq. Beliau memeluk Islam selepas memukul adik perempuannya, Fatimah al-Khattab dan suaminya iaitu Said b Zaid. Beliau seorang yang amat berani. Sebelum Islam beliaulah insan yang peling membenci Rasulullah dan Islam, namun apabila Islamnya Umar, beliau menjadi manusia yang paling mencintai Rasulullah dan Islam. Hayatilah novel ini. Anda pasti akan menitiskan air mata dengan penceritaan yang menarik ini. Dapatkannya sekarang, Isi borang di sebelah.

Harga: RM26.90
Pos:RM4
Jumlah: RM30.90

Novel: Abu Ubaidah Penakluk Parsi

 
Mari kita hayati kisah Abu Ubaidah Al-Jarrah yang sanggup membunuh ayahnya di dalam peperangan Badar kerana mempertahankan Islam. Beliau diberi gelaran 'Orang Kepercayaan Umat' oleh Rasulullah. Penulis, Abdul Latip Talib telah menulis novel ini dengan gaya penulisan yang menarik sehinggakan kita yang membaca seolah-olah berada pada zaman tersebut. Terasa seperti kita Abu Ubaidah. Dapatkannya segera. Isi borang di sebelah.

Harga: RM27.90
Pos:RM4
Jumlah: RM31.90

Novel: Abu Bakar Sahabat Sejati


Abu Bakar adalah teman rapat Nabi Muhammad semasa hayat baginda. Beliau antara golongan awal yang menerima dakwah Rasulullah dan membenarkan semua kata-kata dan perbuatan baginda rasul. Mari kita hayati kisah Abu Bakar ini melalui penceritaan yang amat menarik oleh Tuan Abdul Latip Talib, penulis novel Islam tersohor Malaysia masa kini. Dapatkannya segera. Isi borang tempahan di sebelah.

Harga: RM26
Pos:RM4
Jumlah: RM30

Novel Salahudin Ayubi


Salahudin merupakan pahlawan Islam yang terbilang kerana berjaya menakluk Jerusalem dan mengikat perjanjian damai dengan tentera Salib. Novel ini menceritakan secara terperinci strategi peperangan yang digunakan oleh Salahudin dan pasukan tenteranya sehingga berjaya menawan pihak musuh dalam setiap peperangan. Novel ini telah diulangcetak sebanyak 10 kali. Tahun 2009 sahaja telah terjual melebihi 9000 buah. Dapatkannya segera. Isi borang tempahan di sebelah.

Harga: RM26.90
Pos:RM4
Jumlah: RM30.90

Selasa, 9 Mac 2010

DVD Laskar Pelangi


Tajuk: Laskar Pelangi
Durasi DCD: 85 minit
Harga: RM39 termasuk pos

Sinopsis: Kegigihan dua orang guru meneruskan survival sebuah sekolah agama di Pulau Belitung, Indonesia. Mereka cekal mendidik anak murid yang hanya berjumlah 10 orang hingga mereka berjaya. Mereka menempuh banyak kesukaran. Filem yang diangkat daripada novel Laskar Pelangi ini adalah kisah benar yang berlaku hampir 30 tahun yang lalu. Filem ini turut mendapat sokongan daripada Presiden Indonesia yang meluangkan masanya untuk melihat di pawagam.

DVD Ketika Cinta Bertasbih


Tajuk: Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2
Durasi DVD: 4 Jam (2 DVD)
Harga: RM78 termasuk pos
Sinopsis: Adaptasi daripada novel tulisan Habiburrahman El Shirazy, Ketika Cinta Bertasbih. Filem ini berkisar tentang seorang pemuda bernama Abdullah Khairul Azam, graduan Universiti Al Azhar, Mesir mencari seorang isteri solehah. Apa yang menariknya proses mencari isteri oleh Azam menggunakan cara yang syar'ie. Filem yang ditayangkan di Indonesia pada tahun lepas ini mendapat sambutan yang amat hebat di sana. Sebahagian daripada filem ini dibuat penggambaran di bumi Mesir. Dapatkannya segera dengan menghubungi saya.

Khamis, 28 Januari 2010

VCD Sang Murabbi



Dapatkan segera VCD Sang Murabbi ini. Didatangkan dari Indonesia. Filem ini mengisahkan kehidupan benar seorang pendakwah bernama Ustaz Rahmat Abdullah yang gigih berdakwah semasa hayatnya. Ustaz Rahmat sempat menjadi ahli parlimen Partai Keadilan Sejahtera (PKS) sebelum menghembuskan nafas yang terakhir pada 2005. Beliau yang lahir pada tahun 1953 amat sederhana dalam kehidupan dan meletakkan tawakal yang tinggi dalam melaksanakan amal dakwahnya.


Harga: RM29 sahaja termasuk kos pos

Rabu, 28 Oktober 2009

Buku: Indahnya Hidup Bersyariat

Tajuk: Indahnya Hidup Bersyariat
Penulis: Dato' Ismail Kamus dan
Mohd Azrul Azlen Ab Hamid
Topik Diperbincangkan:
1. Syariat Kelahiran
2. Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3. Syariat Berkaitan Remaja
4. Fardhu Ain Asas
5. Munakahat
6. Syariat Dalam Bermasyarakat
7. Syariat Sunat Harian Sepanjang Masa
Tebal: 328 muka surat bercetak yang berwarna
Setiap tajuk dihuraikan dengan cukup ringkas dan mudah difahami.

Dilengkapi dengan gambar-gambar berwarna bagi memudahkan
memahami perbuatan sebenar.

Buku ini WAJIB dimiliki setiap umat Islam.

RM58 termasuk harga pos
Dapatkannya segera

Isnin, 26 Oktober 2009

Tempahan Kalendar 2010

Hadiahkan pelanggan anda dengan kalendar 2010. Tentu
pelanggan anda akan terus mempercayai dan memberikan
sokongan mereka kepada anda. Hubungi saya segera.
Lihat katalog di atas untuk mendapatkan senarai harga.
Harga di atas tidak termasuk kos pos. Kos pos akan
dikira berdasarkan jumlah pesanan.

Khamis, 15 Oktober 2009

Quran Terjemahan Darul Iman

Nama: Al Quran @ Terjemahnya
Penerbit: Pustaka Darul Iman
Saiz: 10.5 cm X 13 cm
Kulit: Keras
RM 40 termasuk pos
Dapatkan segera

Makluman

Tafsir Quran Per Kata telah habis stok ketika ini. Stok terbaru akan sampai dari Indonesia dalam masa dua minggu dari sekarang. Harap maaf. Kepada yang telah memesan, insya Allah pesanan anda akan dihantar sebaik sahaja stok terbaru kami terima dari Indonesia. Maaf sekali lagi. Teruskan menziarahi blog ini untuk dapatkan bahan bacaan yang bermanfaat. Terima kasih atas sokongan selama ini.