Penulis yang berjaya menyelitkan unsur pengajaran secara ‘hidup’ di sebalik kisah-kisah yang dipaparkan.-
Ain Maisarah
[Penulis Best-Seller Novel Remaja]
Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu adalah sebuah autobiografi yang ‘tawaduk tetapi mesra’ dan berupaya mengusik sukma pembacanya. -
Zaid Akhtar
[Pengarang Sesegar Nailofar, Rona Bosphorus, Justeru Impian di Jaring dan Salju Sakinah]
Keistimewaan Travelog Cinta Abadi : Masa Yang Berlalu ini terletak pada cara setiap kisah digarap sehingga menimbulkan tanda tanya yang mengujakan. Pembaca jadi setia mengikuti perjalanan kisah pengarang dan juga beberapa insan tersayang di sisinya.
Imam Hanbali digelar Al-Hakam kerana dapat menghafaz lebih 700,000 hadis dan berpengetahuan mendalam mengenai ilmu hadis. Melayakkan beliau mengeluarkan fatwa dalam hukum Fikah. Imam Hanbali juga seorang yang sangat kuat beribadat, beliau sembahyang sunat 300 rakaat sehari semalam dan khatam Al-Quran seminggu sekali. Beliau sangat menghormati guru-gurunya. Ketika Imam Syafie menziarahinya di rumah, beliau segera bangun mengemaskan diri, menyambut kedatangan gurunya lalu diberikan tempat duduk yang tinggi sementara dia duduk di bawah. Imam Hanbali tidak gemar bergurau senda, lebih suka mendiamkan diri dan berfikir. Bercakap apabila menjawab soalan mengenai hukum agama. Suka bergaul dengan orang-orang miskin dan kurang bergaul dengan orang kaya dan orang-orang berpangkat.
Khalifah Harun Ar-Rasyid pernah bertanya kepada Imam Syafie tentang orang yang layak menjadi Kadi di Yaman. Imam Syafie mencadangkan muridnya Imam Ahmad. Apabila Imam Ahmad Mengunjungi Imam Syafie, beliau ditawarkan dengan jawatan tersebut tetapi ditolaknya dengan berkata ” Saya datang menemui tuan bukan untuk mendapatkan jawatan daripada khalifah”.Imam Hanbali terkenal dengan sikap pemurah. Jirannya pernah memberinya sepinggan anggur dibalasnya dengan gula, garam dan beberapa pinggan buah-buahan. Semasa pemerintahan Khalifah Al-Makmum bin Harun Ar-Rasyid, beliau menganut fahaman Muktazilah yang berpendapat Al-Quran itu makhluk yang bersifat baharu.
Baginda memaksa ulama-ulama menerima pendapat itu tetapi Imam Hanbali menentangnya dengan mengatakan Quran itu kalamullah yang diwahyukan kepada Nabi Muhamad melalui malaikat Jibrail.Akibat penentangannya itu Imam Hanbali ditangkap lalu dipenjara kemudian disebat dengan rotan dalam memaksanya tunduk kepada fahaman Muktazilah. Beliau disebat dengan rotan sehingga kulitnya mengelupas dan keluar darah. Setelah khalifah Al Makmun meninggal dunia diganti khalifah Al Muktasyim. Beliau terus memenjarakan Imam Hanbali kerana melindungi fahaman Muktazilah.
Sehinggalah Khalifah Al-Mutawakkil yang menganut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah berkuasa barulah Imam Hanbali dibebaskan.Dalam usaha memujuk Imam Hanbali Khalifah Al-Mutawakkil menghadiahkan 10,000 dirham. Wang itu diambilnya tetapi kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin.Pada hari-hari tuanya Imam Hanbali menjadi tempat rujukan orang ramai khususnya di Baghdad. Dalam menentapkan hukum beliau lebih mengutamakan Al-Quran dan As-Sunnah dan pendapat para sahabat Rasulullah.Imam Hanbali meninggal dunia pada pagi hari Jumaat 12 Rabiul Awal tahun 241 hijrah bersamaan 855 masihi ketika berusia 77 tahun dan dikebumikan di Baghdad.
Abdul Latip bin Talib
ISBN-13: 978-983-3892-78-5
Tarikh Terbit: 23 Apr 2010
Jumlah Muka Surat : 272
"Semua orang bercakap mengenai Tuhan. Tuhan itulah, Tuhan inilah. Semua orang mahu saya menyembah Tuhan. Tetapi, saya tidak akan menyembah Tuhan yang saya tidak kenal dan nampak. Buktikan Tuhan itu ada!"
"Padat tetapi menarik. Emosi tetapi berintikan dalil. Inilah novel wacana Islami yang jarang-jarang sekali kita temui dalam dunia persuratan tanah air."
-Zaid Akhtar, Novelis Salju Sakinah-
“Membaca kisah Syahadah Gadis Aties membuatkan anda tidak berhenti berfikir. Perbincangan yang berlaku antara Rini dan Nizam membawa pembaca ke dalam pengembaraan minda yang mempesonakan. Rini, seorang gadis yang tersesat jalan dan terpenjara dalam tembok persoalan. Nizam, pemuda yang membawa jawapan dan bukti-bukti kewujudan Tuhan. Beberapa perkara yang tidak pernah saya fikirkan dicetus dan diberikan jawapan dengan analogi yang mudah dan berkesan. Ia benar-benar dramatik.”
“Bukan novel biasa, bukan buku soal jawab agama tipikal. Syahadah Gadis Aties adalah manual bahasa mudah seorang Muslim yang diekstrak dari manual agung, al-Quran. Buku pemantapan akidah yang dipermudahkan cara penyampaian ini adalah bacaan wajib bagi setiap Muslim tanpa mengira umur, kedudukan, pangkat dan tingkatan ilmu.”
-Nur Zarawati binti Mohd Zain, Pengarah Urusan Zaratech Enterprise-
“Gaya penulisan yang santai dan diterapkan penuh dengan ilmu ketuhanan dan maklumat sains. Sesuai untuk golongan remaja dan peringkat pertengahan. Saya teruja apabila membaca salah satu bab dalam novel ini, kita sebenarnya sedang bergerak selaju 30 km sesaat walaupun pada ketika itu kita sedang duduk sambil membaca novel. Buku ini sesuai dijadikan bahan untuk menangkis perang saraf ke atas akidah umat Islam masa kini.”
“Nah! Sudah tiba sebuah naskhah yang pasti mengkhayalkan akal dalam sedar dan emosi iman dalam pembangunan sebuah jiwa! Naskhah ini cantik kerana setiap analogi mudah itu pasti bertemankan dalil-dalil dan nas-nas yang mengajak kita berfikir dan menjadikan kita berilmu. Ia tidak seperti kebanyakan novel-novel khayal biasa yang dilambakkan di pasaran, ia adalah naskhah ilmu dari rahmat Allah.”
-Ira Irwarddy bin Ismail, Marine Operation Drafter Syarikat Multinasional
Imran Haaz
ISBN-13: 978-967-5137-64-8
Tarikh Terbit: 18 Feb 2010
Jumlah Muka Surat : 386
Aminah, wirawati dengan seribu satu pengorbanan yang jarang diketengahkan.
Daripada baris pertama sehingga baris terakhir buku Aminah- Bunga Kaum Quraisy, kita dihidangkan secara terperinci babak-babak hidup Aminah, bonda junjungan hebat, Nabi Muhammad.
Hidup beliau singkat namun sentiasa diuji dengan pelbagai peristiwa.
Puji-pujian pada keelokan fizikal dan pekerti Aminah diolah sehingga membuatkan kita sedar pada kehebatan ibu nabi terakhir ini. Betapa beliau adalah permata terlindung yang mampu dilihat oleh beberapa mata yang terpilih sahaja.
Episod cemas yang berlaku apabila Abdul Mutalib perlu memilih salah seorang daripada anaknya sebagai korban juga diceritakan satu per satu secara terperinci. Buku ini membawa pembaca meneliti kegusaran pelbagai pihak termasuk Aminah, tatkala mendengar bakal kekasih hatinya mungkin dikorbankan sebelum mereka sempat diijab kabul.
Kisah di sebalik perkahwinan antara Aminah dan Abdullah, juga kehidupan mereka selepas berkahwin turut diperincikan dalam tulisan ini. Apalagi susunan ceritanya yang teratur dan melewati saat cemas. Lebih dahsyat lagi apabila Abdullah meninggalkan rumah, sedangkan mereka masih lagi dalam fasa berbulan madu.
Abdullah menemui Tuhan tatkala Aminah sedang mengandungkan anak sulung mereka, yang akhirnya menjadi pemimpin terungggul umat Islam. Lalu, bermula episod kehidupan Aminah sebagai ibu tunggal.
Hayati dan fahami setiap baris ayat di dalam buku ini supaya semua wanita mampu menempuh dugaan hidup masa kini tanpa ada keluhan panjang.
Ezee Rahmani
ISBN-13: 978-967-5564-10-9
Tarikh Terbit:
Jumlah Muka Surat : 216
Kisah Rabiatul Adawiyah sejak beliau lahir sehingga beliau meninggal dunia.
Rabiatul Adawiyah anak bongsu daripada empat orang adik-beradik.
Beliau dinamakan Rabiah yang bermaksud nombor empat.
Walaupun mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak, ayahnya tetap dengan keputusannya.
Kisahnya bermula sebelum kelahirannya lagi. Ayahnya Rabiatul adalah seorang yang baik akhlak dan elok ilmu agamanya.
Semasa dia masih kecil kedua-dua ibu bapanya meninggal dan tinggallah dia dengan kakak-kakaknya. Kemudiannya ujian Tuhan datang lagi, dia diculik dan menjadi hamba pada satu keluarga kaya. Daripada situlah perjalanan spiritual Rabiatul berkembang sehinggalah beliau diiktiraf sebagai wali.
Zahiruddin Zabidi
ISBN-13: 978-983-3892-74-7
Tarikh Terbit: 18 May 2010
Jumlah Muka Surat : 272
Kisah Perang Badar. Ini novel yang berkisah secara lengkap berkenaan Perang Badar. Ia bermula daripada galau di Mekah yang akhirnya membawa penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Di Madinah Nabi Muhammad SAW menjadi ketua yang dihormati dan beliau membina Madinah menjadi wilayah yang berdaulat.
Konflik bermula apabila Quraisy kafir di Mekah tidak mengiktiraf pemerintahan Islam di Madinah. Mereka cuba menceroboh kawasan Madinah semasa kafilah dagang mereka mahu berdagang ke Syam tanpa meminta izin daripada pihak Madinah.
Pihak Islam Madinah tidak berdiam diri. Mereka mengetatkan kawalan di kawasan sempadan dan akhirnya perang pun tercetus.
Abdul Latip bin Talib
ISBN-13: 978-983-3892-92-1
Tarikh Terbit: 20 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 256
Buku ini ditulis khusus bagi membantu para pegawai perkhidmatan pendidikan membuat ulang kaji dengan mudah, cepat, dan komprehensif.
Nota ulang kaji yang ringkas dan padat dengan maklumat terkini, pelbagai soalan latihan aneka pilihan yang mencabar, serta cadangan menghadapi soalan tugasan individu, dan esei pasti dapat membantu para pegawai yang bakal menghadapi Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
Buku ini merentas pelbagai Tahap Kecekapan (TK), dari TK1 hingga TK6. Ia dapat membantu para pegawai membuat persediaan yang komprehensif, tanpa perlu membeli buku ulang kaji yang berbeza bagi tahap kecekapan yang berlainan.
Tatakelakuan dan Sahsiah Guru Sebagai Penjawat Awam
Urusan Perkhidmatan
Dasar Pembangunan Nasional dan Kaitannya dengan Perkembangan Pendidikan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Soalan Objektif Kompetensi Generik
Soalan dan Jawapan Esei Kompetensi Generik
Jawapan Soalan Objektif Kompetensi Generik
James Ang Jit Eng adalah Ketua Jabatan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.
Beliau pernah menjadi tenaga pengajar, penyedia soalan, penilai, dan pemeriksa kertas peperiksaan kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Kandungan
BAHAGIAN I
Tatakelakuan dan Sahsiah Guru Sebagai Penjawat Awam
Etika Perkhidmatan Awam
Etika Profesion Keguruan
Standard Guru Malaysia (SGM)
Pelan Integriti Nasional / Integriti dalam Perkhidmatan Awam
Tonggak Dua Belas
Rukun Negara
Piagam Pelanggan
Tadbir Urus Terbaik
Konsep Satu Malaysia
Pelan hala tuju Transformasi Kerajaan (PTK)
Bidang Keberhasilanan Utama Negara (NKRA)
Protokol dan Etiket Majlis Rasmi.
BAHAGIAN II
Urusan Perkhidmatan
Sistem Saraan Malaysia (SSM)
Perintah Am
Bab A – Lantikan dan Kenaikan Pangkat
Bab B: Elaun dan Kemudahan dalam Perkhidmatan
Arahan Perbendaharaan yang berkaitan dengan elaun dan kemudahan
Bab C – Cuti
Bab D – Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
Bab E – Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan
Bab F – Perubatan
Bab G – Waktu Bekerja dan Lebih Masa
Penilaian Prestasi Perkhidmatan
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan yang berkaitan
Emak Ingin Naik Haji diangkat daripada sebuah cerpen Asma Nadia. Ia mengisahkan seorang ibu yang kepingin mengerjakan haji. Dia berusaha menabung wangnya untuk membolehkannya pergi ke tanah suci. Keinginannya cukup kuat bahawa dia akan sampai ke sana suatu hari nanti. Berjayakan Emak naik haji? Saksikan kesudahan kisah ini dengan mendapatkan DVD daripada saya.
Dapatkan Risalah Al-Ma'thurat ini dengan harga istimewa dalam kuantiti yang banyak. Ini adalah Al-Ma'thurat Kubra. Anda juga boleh membuat tempahan khas sempena majlis anda seperti majlis perkahwinan, pertunangan, kenduri atau apa sahaja. Pelanggan boleh meletak nama atau kata-kata di belakang kulit mengikut kesesuaian majlis.
Pastikan anda memiliki satu lagi tulisan hebat novelis sejarah Islam terkenal Malaysia, Abdul Latip Talib. Kali ini pembaca dibawa menelusuri kehidupan Muhammad b Idris yang lebih dikenali sebagai Imam Syafie. Ketahui kisah bagaimana kegigihan Imam Syafie mencari ilmu ke merata tempat. Perlu dibaca oleh kita yang meletakkan pendapat Imam Syafie sebagai pegangan kehidupan kita.
Selama ini kita beranggapan pangkat, kekuasaan dan kuasa mampu membuatkan kita berpengaruh. Sehinggakan ada yang sanggup melakukan apa sahaja, biarpun tidak dihalalkan agama atau tidak direstui norma masyarakat.
Mungkin kita tidak perasan, sebenarnya ada beberapa orang di sekeliling yang masih berpengaruh secara semula jadi. Maksudnya tanpa jampi serapah pun, kita mampu membuatkan semua orang mengatakan YA kepada pendapat kita. Ini yang disebut seni mempengaruh.
Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi, tetapi Seni,wajib dimiliki oleh mereka yang kerja berkumpulan, tidak kira pihak atasan, mahupun pekerja sokongan. Selepas mendalami ilmu pengaruh melalui buku ini, ayuh lekas mencubanya secara halus.
Umar Al-Khattab adalah khalifah Islam kedua selepas Abu Bakar As-Siddiq. Beliau memeluk Islam selepas memukul adik perempuannya, Fatimah al-Khattab dan suaminya iaitu Said b Zaid. Beliau seorang yang amat berani. Sebelum Islam beliaulah insan yang peling membenci Rasulullah dan Islam, namun apabila Islamnya Umar, beliau menjadi manusia yang paling mencintai Rasulullah dan Islam. Hayatilah novel ini. Anda pasti akan menitiskan air mata dengan penceritaan yang menarik ini. Dapatkannya sekarang, Isi borang di sebelah.
Mari kita hayati kisah Abu Ubaidah Al-Jarrah yang sanggup membunuh ayahnya di dalam peperangan Badar kerana mempertahankan Islam. Beliau diberi gelaran 'Orang Kepercayaan Umat' oleh Rasulullah. Penulis, Abdul Latip Talib telah menulis novel ini dengan gaya penulisan yang menarik sehinggakan kita yang membaca seolah-olah berada pada zaman tersebut. Terasa seperti kita Abu Ubaidah. Dapatkannya segera. Isi borang di sebelah.