Selamat Datang Ke Laman Niaga Ilmu Budi

Pengikut

Jumaat, 4 Februari 2011

Furu' Al-Masa'il wa Ushul Al-Wasa'il

Tajuk: Furu' Al-Masa'il wa Ushul Al-Masa'il
Penulis: Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz
Penerbit: Telaga Biru
Harga: RM75
Pos: RM8
Jumlah: RM8
Furu’ Al-Masa’il merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh ulama’ nusantara terkenal Syeikh Daud al-Fathani yang disampaikan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat. 

Menurut Datuk Hassan Din, penyusun semula buku ini, “saya lebih berminat untuk terus melayari lembaran kitab Furu‘ Almasa’il setiap kali saya berhadapan dengan masalah fiqah. Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah itu, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini. Khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatap bersama. Akhirnya, timbullah keinginan saya untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang dahagakan ilmu.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberikan komentar.