Selamat Datang Ke Laman Niaga Ilmu Budi

Pengikut

Sabtu, 19 Mac 2011

Bagaimana Saya Boleh Menjadi Jutawan

Tajuk: Bagaimana Saya Boleh Menjadi Jutawan
Penulis: Adam Khoo
Penerbit: PTS
Harga: RM27
Pos: RM8
Jumlah: RM35

Sinopsis

Tentu anda ingin tahu:

1. Bagaimana hendak menjadi jutawan?.
2. Bagaimana orang kaya menguruskan wang mereka?
3. Bagaimana meningkatkan pendapatan menjadi luar biasa?
4. Bagaimana mengurus wang dan mengawal perbelanjaan?

Sekiranya kita sering bermimpi menjadi jutawan, berhentilah! Sudah tiba masanya kita belajar formula bagi menjadikan impian itu suatu kenyataan. Kita tidak memerlukan ijazah dalam bidang perniagaan dari Harvard untuk menjadi jutawan. Kita juga tidak perlu mempunyai nasib yang baik atau mewarisi harta yang banyak untuk menjadi jutawan. Melalui keinginan yang kuat, cara berfikir seperti jutawan dan strategi menjana pendapatan yang betul, sesiapa sahaja boleh menjadi jutawan.

Bagaimana Saya Boleh Jadi Jutawan adalah panduan praktikal, berguna dan komprehensif formula mencipta, menguruskan, menggandakan dan membelanjakan wang kita. Buku ini wajib dibaca oleh usahawan, pengurus, profesional, eksekutif dan sesiapa sahaja yang mempunyai impian menjadi jutawan dan mencapai kebebasan kewangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberikan komentar.