Selamat Datang Ke Laman Niaga Ilmu Budi

Pengikut

Khamis, 19 Mei 2011

Yasin

Contoh Yasin untuk Majlis Perkahwinan

Tajuk: Yasin
Tebal: 32 muka surat bercetak
Tinggi: 7 inci
Lebar: 5 inci
Kandungan:
- Kelebihan Membaca Surah Yasin
- Adab Membaca Surah Yasin
- Kaifiat membaca Surah Yasin
- Surah Al-Fatihah
- Yasin & Terjemahan
- Surah Asy-Syarhu
- Surah Al-Qadr
- Surah Al-Fil
- Surah Al-Ikhlas
- Surah Al-Falaq
- Surah An-Naas
- Doa Yasin
- Terjemahan Doa Yasin
- Doa Akhir Tahun Hijrah
- Doa Awal Tahun Hijrah

Sesuai dijadikan cenderahati sempena majlis perkahwinan, pertunangan, tahlil, sambutan hari lahir dan lain-lain lag yang bersesuaian.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila isi borang di bawah.

Zikir Harian

Contoh Zikir Harian Untuk Majlis Perkahwinan
 Tajuk: Zikir Harian
Tebal: 16 muka surat bercetak
Tinggi: 6 inci
Lebar: 4 inci
Kualiti: Kertas licin

Kandungan:
- Doa Menjadikan Diri & Keturunan Dari Golongan Orang Yang Mendirikan Solat
- Zikir Imam Ghazali mengikut hari
- Doa Untuk Ibu Bapa
- Doa Mengelakkan Mudarat
- Doa Mohon Perlindungan Daripada Kerungsingan
- Doa Memperoleh Ilmu Yang Bermanfaat
- Doa Memohon Kesihatan Tubuh Badan
- Doa Berserah Diri Kepada Allah
- Doa Ketika Sakit

Zikir Harian sesuai dijadikan sebagai cenderahati bagi majlis perkahwinan, pertunangan, tahlil, sambutan hari lahir dan pelbagai lagi yang bersesuaian.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan harga, sila isi borang di bawah bagi memudahkan saya menghantar sebut harganya.

Rabu, 13 April 2011

Panduan Komprehensif Keluarga Bahagia

Tajuk: Panduan Komprehensif Keluarga Bahagia
Penulis: Dato' Dr. Haron Din
Penerbit: PTS
Harga: RM16
Pos: RM4.50
Jumlah: RM20.50

Sinopsis

Tujuan Allah mengadakan undang-undang munakahat atau undang-undang keluarga adalah bagi membentuk peribadi yang baik kerana peribadi yang baik dapat membina keluarga yang baik. Daripada keluarga yang baik pula terbina masyarakat yang berdisiplin, seterusnya daripada masyarakat yang berdisiplin membangun negara yang diredai oleh Allah dan rasulnya. Inilah rahsia pengertian kata-kata Allah.

Menjawab Persoalan Fikah Harian

Tajuk: Menjawab Persoalan Fikah Harian
Penulis: Dato' Dr. Haron Din
Penerbit: PTS
Harga: RM26
Pos: RM4.50
Jumlah: RM30.50

Sinopsis

Buku ini menjelaskan persoalan fikah dalam kehidupan seharian secara praktikal. Pendekatan ataupun (penulisan dalam bentuk) soal jawab memudahkan pembaca memahami setiap aspek fikah dalam kehidupan seharian. Hasil tangan tiga tokoh ulama terkenal ini pasti tidak akan menghampakan.

Isi Kandungan
Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini?
Kata-kata Aluan
Kata Pengantar
Bab 1 Najis dan Penyuciannya
Bab 2 Air dan Alat Bersuci
Bab 3 Istinjak
Bab 4 Hadas Kecil dan Berwuduk
Bab 5 Tayamum
Bab 6 Mandi
Bab 7 Solat
Bab 8 Sunat-sunat Solat
Bab 9 Sah dan Batal Solat
Bab 10 Solat-solat Sunat
Bab 11 Solat Berjemaah
Bab 12 Solat Jumaat
Bab 13 Solat dalam Perjalanan
Bab 14 Sujud-sujud dalam Islam
Bab 15 Pengurusan Jenazah
Bab 16 Puasa
Bab 17 Lailatulqadar
Bab 18 Hari Raya
Bab 19 Korban dan Akikah
Bab 20 Zakat
Bab 21 Zakat Harta
Bab 22 Sedekah
Bab 23 Haji dan Umrah
Bab 24 Masalah-masalah Berkenaan Dam
Bab 25 Masalah Umum Haji
Bab 26 Munakahat
Bab 27 Perempuan yang Haram Dikahwini
Bab 28 Talak dan Perceraian
Bab 29 Masalah-masalah Umum
Penutup

Sabtu, 19 Mac 2011

Kembara Lima Putera: Mencari Pohon Emas

Tajuk: Mencari Pohon Emas
Penulis: Zamri Mohamad, Asyraff Hafdzan Abdullah, Haeqal Zulqarnain, Syarafuddin Sulaiman, Zahiruddin Zabidi
Penerbit: PTS
Harga: RM25
Pos: RM4.50
Jumlah: RM29.50

Sinopsis

Kisah pengembaraan lima putera bersaudara dalam misi mencari pohon emas.

Bab 1: Petanda Pengembaraan
Bab 2: Titah Terlaksana
Bab 3: Pengembaraan Putera Indera
Bab 4: Pengembaraan Putera Amru Asyraf
Bab 5: Pengembaraan Putera Amir Arsalan
Bab 6: Pengembaraan Alam Shah
Bab 7: Pengembaraan Putera Aliman
Bab 8: Pertemuan Semula

Puteri Selembut Bayu

Tajuk: Puteri Selembut Bayu
Penulis: Anna Raihana
Penerbit: PTS
Harga: RM24
Pos: RM4.50
Jumlah: RM28.50

Sinopsis

Kehidupan negara Sanggar Sakti begitu aman dan harmoni hinggalah muncul seorang penasihat diraja yang berniat mahu merampas takhta kerajaan itu daripada Raja Wangga Negara. Penasihat diraja yang bernama Jugra Hitam itu sedikit demi sedikit menghasut Raja Wangga Negara supaya mempercayai kata-katanya. Malangnya negara Sanggar Sakti menjadi huru-hara akibat daripada perbuatan Jugra Hitam.

Namun, dengan kemunculan semula Puteri Selembut Bayu yang dahulunya dibuang ke hutan gara-gara perbuatan Jugra Hitam, akhirnya keadaan negara Sanggar Sakti kembali aman dan sentosa.

Buku berilustrasi dan berwarna ini sesuai dibaca oleh kanak-kanak berumur antara 8 hingga 12 tahun.

Bagaimana Saya Boleh Menjadi Jutawan

Tajuk: Bagaimana Saya Boleh Menjadi Jutawan
Penulis: Adam Khoo
Penerbit: PTS
Harga: RM27
Pos: RM8
Jumlah: RM35

Sinopsis

Tentu anda ingin tahu:

1. Bagaimana hendak menjadi jutawan?.
2. Bagaimana orang kaya menguruskan wang mereka?
3. Bagaimana meningkatkan pendapatan menjadi luar biasa?
4. Bagaimana mengurus wang dan mengawal perbelanjaan?

Sekiranya kita sering bermimpi menjadi jutawan, berhentilah! Sudah tiba masanya kita belajar formula bagi menjadikan impian itu suatu kenyataan. Kita tidak memerlukan ijazah dalam bidang perniagaan dari Harvard untuk menjadi jutawan. Kita juga tidak perlu mempunyai nasib yang baik atau mewarisi harta yang banyak untuk menjadi jutawan. Melalui keinginan yang kuat, cara berfikir seperti jutawan dan strategi menjana pendapatan yang betul, sesiapa sahaja boleh menjadi jutawan.

Bagaimana Saya Boleh Jadi Jutawan adalah panduan praktikal, berguna dan komprehensif formula mencipta, menguruskan, menggandakan dan membelanjakan wang kita. Buku ini wajib dibaca oleh usahawan, pengurus, profesional, eksekutif dan sesiapa sahaja yang mempunyai impian menjadi jutawan dan mencapai kebebasan kewangan.

Didik Anak Gaya Rasulullah

Tajuk: Didik Anak Gaya Rasulullah
Penulis: Prof. Dr. Huzaemah
Penerbit: PTS
Harga: RM29.90
Pos: RM8
Jumlah: RM37.80

Sinopsis

Anak-anak pada hari ini kelak menjadi orang dewasa yang mempunyai peranan penting di masa hadapan. Bahkan di bahu mereka tergantung nasib dunia ini kerana mereka memang tumpuan harapan generasi tua. Syariat Islam menaruh perhatian yang besar pada mereka. Ajaran Islam banyak mengupas dan membahas mengenai anak-anak.

Dalam syariat Islam, kita menemukan pelbagai hukum berkenaan hak dan kewajipan anak dan hukum-hukum lain yang bersangkutan. Dalam syariat Islam, ada ketetapan mengenai hukum kanak-kanak bukan sahaja sejak dia lahir ke dunia, bahkan sejak anak itu berada di dalam kandungan ibunya, sehingga dia remaja dan seterusnya dewasa. Semua hukum itu bertujuan mewujudkan masyarakat yang sempurna, lahir dan batin. Ia juga menjaga setiap individu daripada gangguan orang lain.

Dengan semua hukum ataupun peraturan yang ada sangkut pautnya dengan anak-anak, terkandung penetapan prinsip-prinsip dasar pendidikan yang penting. Melaluinya, para pendidik dapat memahami apakah tugas yang perlu mereka laksanakan demi kebaikan kanak-kanak. Alangkah baiknya apabila setiap orang yang bekerjaya sebagai pendidik mampu melaksanakan tugasnya sesuai dengan hukum-hukum pendidikan yang digariskan dalam Islam dan prinsip-prinsip pendidikan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad.

Ketentuan hukum-hukum yang berkenaan dengan anak-anak adalah peringatan bagi para pengasuh dan pendidik akan kepentingan memperhatikan anak-anak sejak lahir dan segala perkembangannya. Dengan demikian, hak anak terlindung dan dia membesar sebagai manusia yang sihat dan kuat daripada segi jasmani dan rohani.

Antara persoalan yang berkenaan dengan anak-anak yang diatur dalam syariat Islam adalah hal aqiqah, menyusu dan memelihara anak, memberikan nafkah kepada anak, hukum dalam hal ibadah, hukum dalam bermuamalah, pernikahan anak di bawah umur, talak, kesaksian dan kewaliannya.

Bagi menjelaskan semua hal itu, buku ini ditulis bagi dijadikan panduan untuk setiap orang Islam dalam mengasuh dan mendidik anak. Buku ini mengandungi hukum-hukum yang berkenaan dengan aktiviti anak. Ia memuatkan pelbagai kepentingan dalam kehidupan kita secara khusus dan umum serta mengandungi pengaruh yang besar dalam kehidupan masyarakat. Ia adalah kajian yang menyentuh kehidupan anak-anak dan cara mengurusnya dalam pelbagai aspek. Dengan demikian, anak-anak mendapat hak-haknya secara benar, baik berkenaan dengan hak pengasuhan, mahupun penjagaan dan pendidikan.

Perbahasan dalam buku ini adalah berdasarkan Quran dan hadis serta didukung oleh kitab-kitab utama terdahulu dalam empat mazhab khususnya dan kitab-kitab klasik yang lain.

Khalifah-Khalifah Yang Benar

Tajuk: Khalifah-Khalifah Yang Benar
Penulis: Abdul Latip Talip
Penerbit: PTS
Harga: RM55
Pos: RM8
Jumlah: RM63

Sinopsis

Kisah khulafa al rasyidin. Saidina Abu Bakar, Saidina Umar al Khattab, Saidina Uthman dan Saidina Ali.

Mengandungi empat bahagian.
1- Saidian Abu Bakar as Siddiq
2- Saidina Umar al Khattab
3- Saidina Utman Affan
4- Saidina Ali bin Abi Talib.

Khamis, 10 Mac 2011

Indahnya Hidup Tanpa Derita

Tajuk: Indahnya Hidup Tanpa Derita
Penulis: Noor Lalila Aniza Zakaria
Penerbit: Galeri Ilmu
Harga: RM21
Pos: RM4.50
Jumlah: RM25.50

Sinopsis

"Kadang-kadang kita merasakan dugaan kitalah yang paling besar, sedangkan ada banyak lagi orang lain yang diuji dengan dugaan yang jauh lebih dahsyat."

Indahnya Hidup Tanpa Derita mengumpulkan 40 kisah benar dugaan dan badai rumah tangga yang dilalui oleh masyarkat hari ini. Namun watak-watak di dalam buku ini telah diubah suai bagi menjaga maruah dan kebajikan bersama.

Buku ini turut dilengkapi dengan pakej nasihat dan tip-tip keagamaan dan psikologi untuk dijadikan rujukan dan panduan kehidupan. Banyak perkara menarik dikongsikan di dalam buku ini kerana yang dipaparkan kadang-kadang merupakan kisah ekstrem yang tidak terjangkau dengan akal fikiran.

Sinergi

Tajuk: Sinergi
Penulis: Hilal Asyraf (langitilahi.com)
Penerbit: Galeri Ilmu
Harga: RM23
Pos: RM4.50
Jumlah: RM27.50

Sinopsis

"Apabila semua dihubungkan dengan keimanan, maka ia akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa."

Ukhuwah dua sahabat, Rasyid Zakwan dan Irfan Hakimi menyebarkan 'aura' harmoni kepada masyarakat sekeliling khususnya pelajar Melayu di Jordan. Konflik mula timbul dengan kehadiran Sara Nasuha. Bukan konflik dengki mendengki tetapi konflik untuk menjaga kelangsungan ukhuwah yang berlandaskan keimanan.

Disaster Five hadir dengan misi membuat kacau bilau. Konflik dua sahabat diambil sebagai peluang keemasan bagi merosakkan ukhuwah mereka. Irfan dan rakan-rakan bertindak balas untuk 'menawan'. Tetapi, siapa yang menawan siapa?

Sebesar-besar dendam dan selicik-licik Disaster Five, ada insan yang lebih besar dendamnya dan lebih licik tindakannya. Dia ialah ...Secret.

Kembara Hamba Mencari Cahaya

Tajuk: Kembara Hamba Mencari Cahaya
Penulis: Hilal Asraf (langitilahi.com)
Penerbit: Galeri Ilmu
Harga: RM23
Pos: RM4.50
Jumlah: RM27.50

Sinopsis

Hidup ini adalah satu kembara. Kembara mencari sinar cahaya. Petunjuk daripada Yang Maha Esa.

"Di dalam hidup manusia, pelbagai perkara berlaku dan terjadi. Kehidupan manusia terbina dengan kesenangan, kepayahan, kedukaan, kegembiraan dan 1001 macam perasaan dan situasi. Kehidupan manusia juga terbina dengan kehadiran manusia lain di dalamnya. Anak-anak, isteri, suami, ayah, ibu, kawan-kawan, musuh dan sebagainya. Kehidupan manusia juga terbina dengan akidahnya, pegangannya dan kefahamannya. Namun kehidupan yang bagaimanakah kita mahu?"

Langit Ilahi Tuhan Tidak Lupakan Kita

Tajuk: Langit Ilahi Tuhan Tidak Lupakan Kita
Penulis: Hilal Asyraf (langitilahi.com)
Penerbit: Galeri Ilmu
Harga: RM21
Pos: RM4.50
Jumlah: RM25.50

Sinopsis

Andai mendongak langit, adakah iti tandanya sombong dan lupa diri? Tiadakah di sana kasih Ilahi yang dicari? Langit Ilahi - di sini kasih terpatri.

Kita hakikatnya berada di bawah Langit Ilahi. Kita berada di bawah naungan-Nya setiap masa, setiap saat, setiap detik. Kembali kepada Allah, barulah kita akan terlepas dari segala kecelaruan yang mengikat jiwa kita hari ini. Kembali kepada Allah, barulah kebahagiaan yang sebenar itu akan kita kecapi.

Bersama kita telusuri helai demi helai tazkirah di dalam buku ini. Kita sama-sama muhasabah, berkongsi, berfikir dan koreksi diri. Mari kita teliti kehidupan kita.

Aku Terima Nikahnya (Edisi Istimewa)

Tajuk: Aku Terima Nikahnya (Edisi Istimewa)
Kulit TEBAL
Penerbit: Galeri Ilmu
Penulis: Ustaz Hasrizal Jamil (saifulislam.com)
Harga: RM55
Pos: RM8
Jumlah: RM63

Sinopsis

"Jangan pandang isteri dengan pandangan mata yang kering atau pandangan akal yang gersang. Jauh sekali pandangan nafsu yang melulu. Pandanglah isteri dengan pandangan hati kerana hati itulah yang memberi makna kepada pasangan hidup kita."

"Jika mahu bercinta, jangan hanya merancang hingga ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin. Kerana rumahtangga bukan Utopia cloud nine. Ia adalah kombonasi suka dan duka. Namun dalam duka tetap ada bahagia. Itulah nikmat hidup berumahtangga. Medan memberi yang paling mulia."

Dua petikan daripada Edisi Istimewa Aku Terima Nikahnya ini mampu membuka mata bagi pasangan yang mahu mencari bahagia dan Bercinta Sampai Ke Syurga kerana segalanya berlandaskan cinta yang diteladani daripada junjungan mulia SAW, seorang Murabbi Cinta yang hakiki.